Kandungan Artikel

Aritkel ini akan menggariskan 3 tips untuk mudah naik pangkat melalui

  1. Seni berkata-kata yang lazimnya dimiliki oleh pemimpin-pemimpin hebat.
  2. Sikap dan kekuatan kendiri.
  3. Sifat yang suka membantu dan membangunkan orang yang dimpinpin agar sama-sama berjaya.

Siapa yang tak nak naik pangkat kan?

Siapa tak nak boleh la tutup tab artikel ini atau mula membaca artikel lain :)

Kata-Kata Selayaknya Seorang Pemimpin

Dan sama ada kita suka atau tidak, kenaikan pangkat juga turut dipengaruhi oleh bagaimana kita berkata-kata di tempat kerja.

Kalau kita ingin orang dengar apa yang kita minta atau arahkan, butir bicara yang keluar dari mulut kita adalah amat penting.

Tak kira lah, sama ada kita buat presentasi, perbincangan melalui telefon atau pun mesyuarat atas talian.

Hakikatnya, apa yang membezakan antara seorang pemimpin itu adalah kepandaiannya dalam menggunakan kata-kata bagi mempengaruhi minda orang yang dipimpinnya.

Jadi kalau anda berhajat untuk menjadi pemimpin ditempat kerja anda, anda kenalah bermula dari sekarang menggunakan perkataan yang

  • Menyuntik semangat pada diri anda dan orang lain
  • Memberi inspirasi kepada orang sekeliling.
  • Memberi gambaran yang jelas terhadap apa yang anda inginkan
  • atau apa yang akan diterima oleh pelakunya
  • Memaparkan anda sebagai seorang yang berkeyakinan dan berkredibiliti.

Bagaimana nak cari ayat-ayat sebegini?

Mudah je. Antaranya adalah dengan membaca pelbagai kisah kejayaan dan motivasi penuh inspirasi.

Dari sini anda akan mempunyai banyak idea dan cerita di kala anda cuba memberi inspirasi kepada orang yang anda pimpin.

Malah, kisah kejayaan sebenar secara tidak langsung pasti membuatkan anda lebih yakin dengannya. Akan terdetik di hati anda “Kalau dia boleh, kenapa aku tidak”.

Kebanyakan manusia dipacu oleh emosinya walapun mereka adalah dari golongan yang intelek kerana manusia dan emosi berpisah tiada.

Motivasi Kendiri

Yang kedua adalah dengan anda sendiri kena betul-betul termotivasi. Kalau perempuan, macam iron lady gitu.

Banyak buku ‘self improvement’ yang ada di pasaran kan. Seminar seperti IMKK juga amat membantu.

Berkawan lah dengan mereka yang super positif dan bertenaga tinggi. Elakkan dari pada terlalu rapat dengan mereka yang terlalu melankolik dan hanya pandai beralasan.

Bukan tak bagi kawan cuma jangan terlalu rapat. Pernah dengarkan “Untuk mengetahui sifat seseorang, kita perhatikan kawan-kawannya”.

Anda berkawan dengan para pemimpin dalam industri anda, anda juga terpaksa ditarik ke maqam tersebut.

Kejayaan sendiri adalah kayu pengukur pertama yang dinilai. So, work harder and smarter.
Kejayaan sendiri adalah kayu pengukur pertama yang dinilai. So, work harder and smarter.

Sikap Pemimpin Sejati

Selain dari kata-kata, sikap keinginan untuk melihat yang di pimpin turut berjaya juga amat membantu usaha anda untuk naik pangkat.

Jika anda memastikan orang yang anda pimpin atau yang bergantung dengan anda berjaya, anda terpaksa berjaya!

Lebih ramai orang yang anda bantu untuk mengecapi kejayaan, lebih besar kejayaan yang anda miliki dan bakal miliki.

Kenapa?

Cuba kita fikir dari sudut pandangan pemilik syarikat. Apakah yang dia paling inginkan? Keuntungan bukan.

Keuntungan datang dari hasil jualan yang ditolak dengan kos. Gaji pekerja adalah kos. Memiliki pekerja yang lebih produktif dan efisyen akan meningkatkan hasil jualan tetapi kos gaji masih kekal. Secara tidak langsung, keuntungan bertambah.

Justeru, para pemilik dan pentadbir syarikat memang akan memandang individu yang mampu meningkatkan prestasi dan kecekapan pekerja. Kita cekap, syarikat sayang. Kita mampu buat ramai orang cekap, syarikat laaaaaaaaagi sayang. Waktu ni dia terpaksa naikkan pangkat. Sebab dia takut kita lari ke syarikat lain. Lagi besar imej kita sebagai aset syarikat, lagi la syarikat jaga ketat ketat :)

Bantu orang lain berjaya, anda terpaksa berjaya - DAO

NO COMMENTS

Leave a Reply