Dalam projek Now Everyone Can Kurus, saya lah programmer, saya lah graphic designer dan saya juga tukang amik video.

Haaaa… amacam?

Wonderpet tak.

Tapi semua tu tak dek nilai pun kalau nak dibandingkan dengan persahabatan dan networking yang terjalin. Bak pesan otai business, kalau nak kaya berjaya, luaskan jaringan rangkaian kawan-kawan kita. Jangan segan tabur budi.

Tapi dalam entri ini, bukan tu yang saya nak cerita. Tapi lebih kepada strategi pemasaran offline yang Allah ilhamkan waktu saya take 5 minute break dari coding sistem Now Everyone Can Kurus.

Offline Marketing Tool

Waktu saya jadi programmer di beberapa syarikat MNC sebelum ini, saya perasan satu benda.

Hampir setiap orang ada mug masing-masing. Dan mug ini akan di bawa ke pantry untuk di isi air atau bancuh kopi.

Kalau jarak cubicle ke pantry tu jauh, maka jauh la mug tu tawaf office tu kan.

Jadi tercetus lah idea untuk membantu rakan-rakan agen Now Everyone Can Kurus mempromosikan program baik ini – APA KATA KALAU KITA BUAT MUG NOW EVERYONE CAN KURUS.

Kenapa Mug?

Kenapa tidak? Hehehe.

Well, cuba kita fikirkan. Mug ni sangat tahan lasak. Selagi dia tak jatuh berderai, selagi itu lah ia boleh digunakan. 10 tahun pun boleh tahan.

Yang kedua, mug sentiasa boleh pakai. Tak macam pen-drive yang akan lapuk dek zaman. Sekarang ni 8GB boleh terima. Lagi 3 tahun? Kot ciput sangat dah kot saiz tu ye tak.

Yang ketiga, mug tak mahal der. RM8.50 dah dapat dah. Kalau pendrive? RM15 at least.

Yang keempat, mug orang sentiasa boleh nampak bila kita minum dan bawak dari cubicle ke pantry. Kalau kita lah marketer nya, fuh, mug ni jadi marketing tool bergerak untuk kita lah. Mesti ada orang yang tanya… program apa tu. Now Everyone Can Kurus?!? Menatang apa ni.

Haaaa…. dia dah tanya. Dia yang tanya. Memang hari raya la kita explain…kaaaan!

Yang kelima, untuk mereka yang sungguh berani dan awesome, boleh beli satu set (6 biji) dan hidangkan pada tetamu. Kena plak tetamu yang bebadan besar. Fuh fuh.

Dari Idea ke Photoshop 3D

So, alang-alang dah memang depan workstation, terus buka Photoshop dan edit design buku menjadi mug 3D seperti di bawah:

Now Everyone Can Kurus - Mug Offline Marketing

Amacam okay tak?

Bila dah siap render, saya pun send la gambar ni pada tuan punya muka, a friend of mine – founder kepada program Now Everyone Can Kurus ni.

Tanpa di sangka-sangka, dia suka sangat-sangat. Terlebih excited, terus dia post kat FB tanya siapa boleh print mug ni pada harga yang ohsem. OMG… hyper active nya kawan ku ini hahaha. (Tapi sebab tu dia hartawan kot).

Long story cut short, jumpa la company yang boleh print pada harga kurang dari RM10. RM8.50 to be precise.

Nego Nego Nego

Saya sendiri bersama-sama dengan sahabat saya ni pickup this mug dari brother printing tu. Memang sempoi. Negotiable. I like. Kena plak kawan saya ni dah pergi Master Your Business Dr Azizan, lagi la dia nego tak habis.

Dan memang dah tersurat kot, dapat deal harga t-shirt yang memang cun melecun gak. RM11 sahaja.

Design t-shirt tu pun saya diamanahkan untuk design jugak. T-shirt tu dipakai oleh tuan punya badan waktu shooting video ni.

Now Everyone Can Kurus - Video

Yang tu kita cerita kat entri lepas ni ye.

FAFR!

Tapi satu benda saya sangat kagum dan puji sifat sahabat saya ini.

Dia sangat Fast Action Fast Result. Apa sahaja peluang yang dia nampak depan mata, dia tak tangguh-tangguh dah. Dia terus aja buat.

Dan saya fikir-fikir balik, kalau saya di tempat dia, belum tentu MUG ini akan jadi kenyataan walaupun saya ada kemahiran menggunakan Photoshop dan ideanya tercetus dari kotak fikiran saya.

Hanya kerana dia cepat-cepat post di FB dan bertanya sana dan sini di FB group lah, dia dapat harga yang begini murah. Dan dia berani untuk order 100 biji MUG walaupun dia belum lakukan market survey yang proper lagi. Tapi hari ini, 100 mug tu dah habis der. Bersepah warga Now Eveyone Can Kurus nak rembat dua tiga biji mug ni. Sampai nak re-order pun ada.

I am impressed!

Alhamdulillah

Sesungguhnya, saya, memang bersyukur sangat diberikan kepercayaan untuk bantu kempen Now Everyone Can Kurus ni.

Banyak juga yang saya belajar ketika menjadi tenaga jentera di sebalik program Now Everyone Can Kurus ini. Insya Allah, untuk projek-projek yang akan datang dari Empayar Maria Firdaus, saya pasti akan memberikan komitmen 200%.

Semoga dengan kontribusi ini, Allah permudahkan saya untuk sama-sama mendapatkan berat badan ideal yang saya azamkan, untuk tahun 2015 ini.

Sama-sama rakan-rakan doakan ye. Terima kasih.

Rakan-rakan pembaca, jemput download dan korek rahsia, Formula Mudah MESTI Kurus  dari ebook Now Everyone Can Kurus di sini : Ebook Noweveryone Can Kurus

Baca Review Buku Now Everyone Can Kurus ini di sini

SIMILAR ARTICLES

94 83980

1 COMMENT

  1. Cuando la fotografía de bodas parecía enquistada, repetitiva y
    desganada llegaron nuevas perspectivas que han relanzado esta clase de fotografía y la han envuelto de inventiva
    y también ingenio, con nuevas dosis de influencia artística.

Leave a Reply