Senaman penat kan?

Kemudian bila nak bersenam tu pun satu hal. Keluar awal pagi, balik sudah senja. Malam nak layan karenah anak-anak dan pasangan kan.

Lepas tu, penimbang tu macam sakit hati je ngan kita. Setiap kali timbang, asyik bagi nombor yang besar-besar. 80 kg la, 90kg la… 100 kg pun ada. Aduh… parah, parah.

Tapi jangan tak percaya tau, ada orang berjaya hilangkan 25 kilogram dalam tempoh 4 bulan tanpa senaman langsung.

Saya kongsikan rahsia beliau di bawah.

  1. Makan sayur secara mentah sebagai ulam-ulaman.
  2. Makan 5 kali sehari
  3. Berhenti sebelum kenyang
  4. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari (12 gelas standard)
  5. Makan nasi tapi hanya suku je sehari. (Kalau dulu sepinggan, kini hanya suku pinggan)
  6. Istiqamah dan konsisten. No cheat day.
  7. Makan 2 jenis buah sehari. Sebiji epal waktu makan malam dan pisang sebagai minum petang.

Cuba kita bandingkan dengan cara makan kita. Memang sangat-sangat berbezakan.

Tak percaya tak pe… tapi cuba buat tengok sebulan dan check hasilnya. Okay ke sangat okay.

Saya terpanggil untuk kongsikan tips ini kerana saya rasa memang ramai antara kita yang nak turunkan berat badan tapi memang tidak mampu untuk memberi komitmen masa untuk senaman seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan dan nutrisi kan. Jadi, sekurang-kurangnya kita boleh buat cara ini.

Dan kalau anda nak tau, individu yang berjaya buat seperti langkah di atas adalah kerana Dr. mengesahkan kolestrol nya amat tinggi dan keluarga beliau mempunyai sejarah sakit jantung dan darah tinggi. Benda ini lah yang jadi turning point kepada beliau.

Sekarang cuba kita bayangkan apabila kita mengamalkan diet di atas + sedikit senaman mudah seperti naik tangga di ofis, instead of naik lif memanjang. Dan parking kereta jauh sikit tak pe. Nak bagi reason untuk berjalan. Hujung minggu bawa keluarga ke taman permainan dan taman tasik untuk saja-saja berjalan sambil eratkan bonding antara ahli keluarga.

Amacam? Happier family + leaner body. Erm… dah b0leh bayang diri sendiri yang 25 kg lebih ringan.

PS: Sila minta sokongan pasangan (isteri atau suami) untuk mendukung usaha murni kita yang nak pupuskan ‘gajih-gajih’ (read: lemak) ektra ni :)

Oh ye, kalau mulut dan lidah tu dah mula buat perangai untu makan benda-benda yang kita tak sepatutnya makan, sila rujuk gambar di bawah dan kita tipu lidah kita dengan penuh kacak dan bergaya.

10686868_10201747704693259_1499523133145292754_n

NO COMMENTS

Leave a Reply