Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menciptakan hambaNya dengan sebaik-baik kejadian.

Dalam entri saya kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca pengalaman anak saya, Faiez berhadapan dengan penyakit jangkitan paru-paru sehingga ditahan berhari-hari di hospital swasta.

Faiez ni adalah anak kedua saya yang baru berusia 3 tahun.

Kalau nak ikut sejarah kesihatannya, dah 2 kali Faiez warded di Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya atau pneumonia. Syukur, saya ada insuran syarikat yang dapat masukkan Faiez ke KJMC ini. Kalau tidak, di hospital kerajaan la kami akan tuju.

Inilah hospital swasta - Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) tempat di mana Faiez warded
Inilah hospital swasta – Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) tempat di mana Faiez warded

Check In KJMC Kali Pertama

Kali pertama, semasa dia berumur 1 tahun. Masih kategori bayi lagi dah kena masuk hospital berhari-hari. Hati ibu mana lah yang tak sedih dan pilu tengok bayinya dalam keadaan sengsara menahan sakit. Saya tabahkan hati untuk lalui semua itu walaupun tak sanggup saya harungi detik-detik penderitaannya.

Setiap rawatan yang Faiez terima, saya sentiasa berada disampingnya untuk bagi semangat walaupun masa tu Faiez tak tahu apa-apa lagi. Yang dia tahu hanya merengek kesakitan dan dalam keadaan suhu badannya yang tinggi (demam la ni). Dari tangannya dicucuk jarum untuk  masukkan air sampailah ke bilik fisioterapi untuk buat suction. Ada juga sesetengah ibu tak sampai hati tengok anaknya diperlakukan macam tu.

Sebelum suction hingus Faiez, staf yang buat fisioterapi tu akan buat tepukan percussion pada dada dan bahagian belakang Faiez. Bab suction ni yang paling menyayatkan hati saya. Mana taknya, lubang hidung anak kita dimasukkan dengan saluran getah halus untuk membuang semua hingus terkumpul yang ada dalam hidung tu.

Tepukan percussion dilakukan untuk memudahkan kahak dikeluarkan melalui kaedah suction pada hidung Faiez (gambar hiasan)
Tepukan percussion dilakukan untuk memudahkan kahak dikeluarkan melalui kaedah suction pada hidung Faiez (gambar hiasan)

Bayi seumur tu mana lah pandai macam orang dewasa nak buang hingus kan? Silap masuk, darah pun keluar tau.. lagi la bercucuran air mata ni menahan sebak.

Pulak tu nak bagi badan bayi tak panas dek demam, Faiez selalu dilapkan air sejuk kat badannya dan aircond pun dalam keadaan sejuk. AllahuAkbar, kesian sangat-sangat saya tengok Faiez ketika tu.

Ubat pulak setiap 4 jam nak kena bagi.. Itu tak kira lagi dengan nebulizer yang Faiez kena ambik. Tengah-tengah malam pun terpaksa dikejutkan untuk bagi ubat dan nebulizer ni.

Nebulizer perlu diberi kepada Faiez mengikut keadaannya. Ada masa yang teruk, nurse akan berikan nebulizer ni setiap 4 jam. (Gambar hiasan)
Nebulizer perlu diberi kepada Faiez mengikut keadaannya. Ada masa yang teruk, nurse akan berikan nebulizer ni setiap 4 jam. (Gambar hiasan)

Macam tu la prosesnya sampai lah demamnya kebah dan dibenarkan balik…

Check In KJMC Kali Kedua

Kali kedua Faiez warded pada awal bulan Februari tahun lepas… Beraya Tahun Baru Cina kat dalam wad tu…

Kali ni check in untuk 10 hari. Rasa macam dah rasa berkampung dalam hospital tu. Lama betul tempoh tu sampaikan bawak laptop la untuk buat kerja ofis dan respon soalan dari bos.. Kalau tak buat macam tu, jejaskan kerja orang lain pulak kan…

Suami pula siap ambil tilam tambahan untuk check in sekali untuk temankan saya dan Faiez. Kerja-kerja hariannya sebagai seorang usahawan agak terjejas disebabkan nak temankan saya dan Faiez. Sekali sekala dia akan balik ke rumah untuk menjenguk anak kami yang sulung pula. Si kakak Amiera 😉

Nasib kami baik kerana emak saya tinggal tidak berjauhan dengan rumah kami. Jadi, urusan penjagaan Amiera kami serahkan pada emak buat masa itu.

Pengalaman kali kedua masuk hospital ni berbeza dari kali pertama walaupun proses rawatannya sama je.

Masa tangan Faiez dicucuk untuk dimasukkan air, nurse yang buat ni tak dapat cari saluran darah yang tepat. Kenalah dicucuk sekali lagi dengan doktor pakar sendiri… Ya Allah… kesiannya kat Faiez..Bersabarlah ye Faiez…

abg faiez
Muka sedih Faiez ketika ditahan di KJMC… Sayu je tengok muka dia

Doktor pakar kanak-kanak yang biasa merawat Faiez kebetulan dah ambil cuti sempena Tahun Baru Cina. Diganti lah dengan doktor lain pulak. Doktor ni pulak tak tau sangat history penyakit Faiez ni.

Kali ni 3 jenis antibiotik Faiez kena terima. Setiap antibiotik tu kena ambil 72 jam untuk tengok kesannya. Bila dah cukup 72 jam tu ingatkan Faiez dah makin ok… Tapi tak ok jugak dan terpaksa dimasukkan antibiotik yang kedua yang lagi kuat kesannya. AllahuAkbar.

Tiga hari lagi nak kena monitor. Maknanya memang tak boleh nak discharge lagi 3 hari la ni. Dalam masa tu tangan Faiez yang dicucuk tu dah bengkak dan kena buat baru kat tangan lagi satu… Alahai… tak sampai hati pulak mommy tengok. Sampaikan doktor pakar yang bercuti tu tak senang hati. Bercuti kat oversea pun dia sanggup call hospital tanya perkembangan Faiez.

Hari ke-10 tu barulah Faiez bebas dari demamnya dan jangkitan pada paru-parunya sudah tiada. Tapi masih perlu dipantau kerana pernafasannya yang masih tak memuaskan lagi. Masa tu baru boleh discharge. Lega rasanya.

Namun, pihak insuran syarikat saya tak cover sesetengah ubat yang doktor preskrip kan tu. Rasanya dalam RM 250 juga jumlahnya. Masa tu, saya gagahkan juga keluarkan duit untuk melihat anak dapat ubatan yang terbaik. Nak kena pulak, time tu tengah-tengah bulan. Faham-faham je la.

Selepas keluar dari wad, Faiez masih perlu mengambil ubat dan rawatan susulan selama sebulan. AllahuAkbar, masa tu nak kena komited bagi dia ubat sampai 5 jenis setiap kali time makan ubat. Bayangkan budak berumur 2 tahun nak telan ubat-ubat yang compem tak sedap tu… Melalak dan muntah time makan ubat memang dah sebati dalam diri saya kerana kakak Faiez, Amiera pada waktu bayinya kerap sakit kerana tidak diberikan susu badan dengan sempurna.

Bekalan ubat Faiez yang perlu diambil setiap hari. Banyak tu... Kenyang dek ubatlah gamaknya
Bekalan ubat Faiez yang perlu diambil setiap hari. Banyak tu… Kenyang dek ubatlah gamaknya

Syukur Ya Allah…

Alhamdulillah…Sekarang ini Faiez dah bebas dari batuk yang berlanjutan yang boleh menyebabkan jangkitan pada paru-parunya.Dengan pengambilan Omega guard secara konsisten, tahun ni Faiez pegang rekod tak masuk hospital awal tahun hari tu.

Hanya ucapan itu yang sentiasa bermain di bibir saya tatkala anak kesayangan saya, Amier Zulfaiez telah pulih dari masalah pernafasannya dengan hanya pengambilan Omega guard dari Shaklee ini sebagai asbabnya.

Kini…Bila ada anak rakan-rakan kat ofis yang mengalami masalah macam Faiez sebelum ni, saya akan bantu mereka dengan menyarankan pengambilan Omega guard yang kaya dengan asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA ini.

Bonus Terhebat

Selain membantu menghilangkan jangkitan pada paru-paru Faiez, Omegaguard banyak membantu Faiez dalam perkembangan mindanya.

Faiez kini sudah kenal ABC, 123 dan kini dalam proses menghafaz Alif Ba Ta pulak.

Inilah Omegaguard yang banyak membantu perkembangan minda Faiez sekarang ni
Inilah Omegaguard yang banyak membantu perkembangan minda Faiez sekarang ni

Apa Kata Mereka

Pasti ramai pembaca yang ingin tahu keberkesanan Omegaguard ini, dengan izinNya. Semua dari mereka sebelum ini pun mengalami masalah berkaitan anak-anak masing-masing. Namun, pencegahan perlu diambil dari awal sebelum menjadi lebih teruk lagi.

Mari kita lihat kenapa mereka memilih Omegaguard dari Shaklee ini…

Omegaguard Shaklee | Membantu Faiez dan Jangkitan Paru-parunyaOmegaguard Shaklee | Membantu Faiez dan Jangkitan Paru-parunyaOmegaguard Shaklee | Membantu Faiez dan Jangkitan Paru-parunya

Semoga pembaca di luar sana dapat menghargai setiap anak yang telah diamanahkan kepada kita oleh Allah dengan menjaga kesihatan mereka dengan sebaik-baiknya.

Harapan saya semoga pembaca dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan keluarga saya berada dalam keadaan yang baik dan berada dalam lindunganNya.

Harga Omegaguard Shaklee

Tapi, mahal ke Omegaguard Shaklee ni?

Kalau nak bandingkan dengan minyak ikan lain yang ada di pasaran, Omegaguard ni mampu dimuliki sebenarnya. Kesihatan dan keceriaan anak-anak kita sebenarnya lebih berharga dari nilai sebotol Omegaguard ini. Jangan terlalu berkira untuk kesihatan anak yang kita sayangi.

Harga runcit bagi Omegaguard ini hanyalah RM146.00 termasuk dengan harga pos.

Nak Lebih Jimat?

Tapi kalau anda nak jimat lebih daripada 20% dari harga di atas, anda boleh hubungi saya dan saya akan beritahu caranya.

Faeza Seri di www.faezaseri.com
Faeza Seri
Hubungi saya secara terus di:[button color=”green” size=”small” link=”tel:0182426040″ target=”blank” ]018-242 6040 – Tel / SMS / Whatsapp [/button][button color=”blue” size=”small” link=”https://www.facebook.com/messages/faeza.seri” target=”blank” ]PM Saya di Facebook[/button]Cash on Delivery (COD) sekitar

  • Bandar Puncak Alam, Saujana Utama, Kota Puteri, Desa Coalfield, Merbau Sempak
  • Kelana Jaya, Subang dan Ara Damansara (Isnin – Jumaat)

Oh ya, konsultasi dan nasihat pemakanan secara berterusan adalah percuma.

Insya-Allah, sama-sama kita membantu untuk mendapatkan nilai pembelian terbaik.

1 COMMENT

Leave a Reply