Kandungan Artikel

Artikel ini menceritakan

  • Kita adalah magnet. Apa yang kita fikirkan, akan menarik benda itu untuk berlaku.
  • Kisah benar yang berlaku pada Kak Anis dan kenalannya.
  • Komen saya – Apa yang saya dapat.

Artikel ini bukanlah artikel yang saya tulis, tapi saya kongsikan semula dari nukilan Kak Anis – usahawan kek coklat moist yang yummy.

Saya suka dengan gaya santai dan mesej nya. Dan saya rasa, saya pun pernah terkena perkara yang sama.

Jom kita sama-sama baca dan recall, pernah terjadi tak kat kita?

Kisah Tentang Law of Attraction

Assalamualaikum, hai jutawan…Bisnes u all ok? Saya doakan semua yang best-best je berlaku kepada u all k.

Ada tak yang pernah terbaca saya citer pasal rumah saya pernah dimasuki pencuri? Dan sebenarnya saya yang seolah-olah menarik perkara tu terjadi sebab malam-malam bila saya tengok ke arah tingkap bilik saya, saya terbayang ‘kalaulah’ ada orang kat tingkap tu. Macam terbayang je selalu. Dan akhirnya rumah saya dipecah masuk.

Itu bukan pointnya. Pointnya ialah, minda kita ni magnet sebenarnya. Magnet yang akan menarik srgala yang kita fikirkan berulang kali dan demgan penuh emosi.

Semalam seseorang cerita kes yang lebih kurang sama pada saya. Nizam (bukan nama sebenar) sebenarnya baru sampai dari Kota Bharu. Tapi sampai je di Shah Alam, dia dapat berita dari isterinya, kedai runcit mereka baru je dimasuki pencuri!..

Tapi kata Nizam, yang peliknya, masa dia terima berita tersebut, dia cool ja. Dia kata dia seakan-akan dah ‘expect’ perkara tu akan terjadi.

What??…Macam pelik je bunyinya.

Dia cerita lagi, sebenarnya semalam isteri dia buka ‘berita’ tv. Dan dia yang dah lama tak tengok tv selama ni pun tertengok jugaklah berita tersebut. Dan terlayanlah dia…(‘ter’, menunjukkan dia tak sedar).

Kebetulan waktu tu berita tentang rompakan. Isteri dia cakap, ishhh macamanalah ye kalau terjadi kat kita. (Betulkan kalau saya salah ye Nizam). Bila isteri dia bercakap-cakap tentang rompakan tersebut, dia pun terfikirlah ke arah tu.

Itulah dia, bila dia dapat berita tentang kedai dia dimasuki pencuri, dia rasa macam dah ‘boleh rasa’.

Kalau kita faham, itulah maksudnya minda kita macam magnet. Dia akan menarik apa yang kita fikirkan!..

Power ke power?

Dan sebenarnya Nizam ni baru balik IMKK (Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan). Dia cerita lagi, hari jumaat lepas masa di IMKK pun ada terjadi sesuatu pada dirinya.

Katanya dia memang berdoa nak jumpa dengan seorang chef untuk rujuk pasal produk makanan dia.

Masa dia solat jumaat, tak disangka-sangka Allah tunaikan permintaan dia!..Dia solat di sebelah seorang chef terkenal dalam rancangan Master Chef!..Iaitu Chef Sabri!..(Betulkan saya kalau tersilap ye).

Katanya dia happy sangat sebab mintak kat Allah nak jumpa chef, tapi Allah bagi dia Master Chef terus!..MasyaAllah!!…

Dan lepas solat, banyak ilmu yang Chef Sabri kongsikan dengan dia. Hebatnya!..Allah Maha Mendengar dan Mengabulkan!!!..

masterchef

Nampak ke nampak?

Sebenarnya kita yang seolah-olah ‘create’ apa yang kita nak.

Dan perasan tak, yang selalu saya katakan..No TV, No berita, No newspaper?..Sebab apa? Sebab hukum tarikan inilah!..

Bila kita tengok, atau kita baca berita yang menakutkan, kita kata kita ok je. Tapi kuasa minda yang boleh absorb emosi kita tanpa kita sedar itu yang bahayanya.

Kalau kita sedar senang. Kita boleh tepis. Kira boleh reject. Tapi ini cerita pasal tak sedar. Minda bawah sedar yang sifatnya absorb apa saja yang kita fikirkan. Lebih-lebih lagi yang kita fikirkan berulang kali dengan penuh emosi.

Dan akhirnya, itulah yang akan terjadi!..Dengan izin Allah, insyaallah..

Jadi susah hati ke? Apa nak susah hati?..Fikir je yang best-best. Dan tak perlu ganggu fikiran kita dengan berita-berita dan cerita-cerita yang menakutkan…cerita-cerita yang menyedihkan.

Faham ke faham?…Hihii..takpe insyaallah ambik masa untuk faham. Saya doakan anda semua jadi magnet kekayaan dan kejayaan!..Amin.

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah… 

Apa Yang Saya Dapat.

Amacam?

Bestkan postingnya. Sempoi mempoi je.

Tapi dalam sempoi sempoi pun, banyak buah tu. Bukan bunga je.

Apa yang saya paling terkesan dengan entri ini adalah kita:

Don’t

Kena jaga apa yang kita fikirkan. Setiap kali kita terfikir yang tidak baik, cepat-cepat istighfar dan fikirkan hal lain.

Kalau fikir pun kita jaga, insya Allah dengan amal perbuatan pun terjaga.

Do.

Kita kena gunakan kelebihan ini untuk dapat apa yang kita nak.  Kita kena sentiasa fikirkan yang kita dapat apa yang kita nak.

Ini yang Dr Azizan kerap tekankan, Percaya Sebelum Berjaya.

Anda percaya anda dah dapat benda yang anda nak di masa hadapan. Malah ayat kita pun lain. Contohnya:

Saya dah bawa Merce E250 pada May 2015. Padahal, waktu fikir macam tu, masih kat Jun 2014. :)

Kita kena gunakan Vision Board untuk mengajar otak kita re-focus pada apa yang kita nak. Sebab apa? Sebabnya, apa yang kita fikirkan, kita akan menarik benda best tu kepada kita.

I am a money magnet. Great opportunity always come my way. Lucrative income ... (antara declaration IMKK dulu)
I am a money magnet. Great opportunity always come my way. Lucrative income … (antara declaration IMKK dulu)

Sukar nak percaya kan?

Tok sah percaya pun. Buat je. Dah jadi nanti, confirm percaya :)

Saya memang dah percaya sebab dah kena dua tiga kali kat batang hidung sendiri sejak IMKK, Jun 2013 yang lepas.

SIMILAR ARTICLES

Petua Kaya Berjaya Zamsham

3 8493
Bersyukur dalam kehidupan

6 9256

5 COMMENTS

Leave a Reply