UbuntuOne dah tamat perkhidmatan. Tak larat nak lawan dengan gergasi-gergasi storage provider. Bagi sampai berbelas GB for free.

Pakej Free:

+ Google Drive bagi 15GB
+ OneDrive bagi 15GB (Cara dapat extra 500MB sehingga 8GB)
+ Dropbox bagi 2GB (up to 8GB)
+ Amazon bagi 5GB

Dalam banyak-banyak ni, yang paling femes mestilah Dropbox. Tambah-tambah pengguna Samsung yang dapat 50GB free selama 2 tahun.

Dropbox ni bukan saja femes malah senang nak pakai dia dimana-mana. IOS ke, Android ke atau Windows sendiri…Dropbox sure supported.

Malah, banyak plugin di WordPress pun support Dropbox (out of the box).

Tapi…

Bila check harga Dropbox dan bandingkan dengan harga OneDrive, baru perasan yang Dropbox actually agak mahal ye.

Dropbox

RM32 sebulan untuk 100GB sedangkan RM7 sahaja untuk OneDrive.

RM7 sebulan aje der.. untuk dapat kan 100GB.. tempat simpan dan backup segala mak nenek kerja.

Advantage OneDrive adalah… apps Microsoft Office di iPad (percuma) hanya support OneDrive aje (memang dia saja kot). So, kalau simpan dalam Dropbox tak leh access lah.

Tapi yang paling best adalah RM25 sebulan tu.. dapat Microsoft Office 365 untuk 5 orang dan 1TB cloud storage.

OneDrive

Gile baq hang.. 1TB tu.

Wait wait… hang kerja dengan Microsoft dah ke Arham?!?

Haha, mana ada. Hang tanya cepat sangat. Baru nak bagi tau apa yang Google bagi plak.

Google bagi benda yang sama juga.

# 100GB : USD2
# 1TB : USD10

Cuma Google tak dak la Office 365 (tapi dia mmg dah lama ada Google Doc).

Hmm, mana satu nak pilih?

Ikut hang lah.. pilih la yang mana yang paling banyak pakai.

Kot nak Office 365, OneDrive mcm best. Tapi better hang check apps hang kat phoen dan tablet support OneDrive tak?

Kot nak storage dan tak berapa percaya Microsoft (NSA issues maybe), boleh la kot intai Google drive.

Tapi tapi kan… pasai pa hang share semua ni bagai?

Sebabnya, kerja dan life kita dah terlalu digital.

Hari-hari pun amik gambar lepas tu tak tau simpan kat mana. Ada yang dalam phone, ada yang dah transfer kat pendrive, ada juga yang dah transfer ke laptop.

Udahnya, bila phone kena format, habis gambar dalam phone ilang. Tak pulak dia pi save dlm Cloud Storage (dropbox sebagai contoh). Nganga tercengang lah.

Pastu kerja pula. Mana ada kita pakai type writter dah la ni. Semua nak pakai Ms Office memanjang, tak pun pakai menatang lain. Semua benda ni nak backup.

Kena pulak orang sekarang ada PC la, laptop la.. tablet la.. jenuh jugak nak bawa semua file tu dalam pendrive aje. Baik drag masuk cloud storage and access anywhere. Betul ke betul?

Last sekali, sebab dia dah murah la. RM7 @ USD2 sebulan untuk 100GB is dirt cheap bro. Makan tengah hari sepinggan dengan air teh ais pun dah RM7 dah la ni.

Padahal kenangan gambar-gambar anak-anak membesar tu priceless bro. Apatah lagi file-file kerja kita.

Soalan bang: Selamat ka simpan kat sini?
Jawapan : Dari segi redundancy selamat.. tapi dari segi keselamatan from prying eyes… wallahualam.

Sekian cerita panjang. Selamat anyam ketupat. Jangan lupa amik gambar banyak-banyak 

SIMILAR ARTICLES

94 83916
2 Tips Jimat Bateri Phone Android

1 8139

2 COMMENTS

  1. After going over a number of the articles on your
    web page, I really appreciate your technique of writing
    a blog. I book-marked it to my bookmark webpage list and
    will be checking back in the near future. Please check out my web site as
    well and let me know what you think.

Leave a Reply