Authors Posts by Faeza Seri

Faeza Seri

Faeza Seri
18 POSTS 0 COMMENTS
Saya adalah seorang Polis Bantuan di syarikat pengangkutan yang terkemuka di Lembah Klang. Saya juga adalah pengedah sah Shaklee (Shaklee Independent Distributor) di sekitar Puncak Alam, Alam Jaya, Saujana Utama (Meru dan Sg Buloh boleh diuruskan :) )

0 483
Islam is My Way of Life
Islam is My Way of Life

Petang-petang macam ni, saya inginkan kongsikan dengan pembaca yang mana saya rasa benar-benar belaka. Nampak macam susah nak percaya tetapi itulah keindahan yang ada pada agama Islam. Semakin kita mendalami agama Islam sebagai cara hidup kita, In Shaa Allah hati akan sentiasa tenang.

Jom saya kongsikan mesej penting ni yang mana kalau saya tak sampaikan dan simpan di blog sendiri, saya sendiri akan rasa rugi sebab tak berkongsi ilmu pada para pembaca semua.

Mari Kita Dengar & Belajar, Apa Orang Biasa Kata & Apa Islam Kata …??

1. Orang kita kata kalau KAYA baru kahwin.
Tapi dalam Islam cakap nak KAYA kena kahwin.

2. Orang kita kata nak SENANG kena banyak menyimpan duit.
Tapi dalam Islam cakap nak SENANG kena banyak keluarkan duit(sedekah).

3. Orang kita kata dah KAYA baru bantu org miskin.
Tapi Islam cakap kalau nak KAYA bantu org miskin.

4. Orang kita kata makan SAMPAI KENYANG.
Tapi Islam kata berhenti SEBELUM KENYANG.

5. Orang kita kata SAKIT itu BALA.
Tapi Islam kata SAKIT itu PENGHAPUS DOSA.

6. Org kita kata DUIT banyak tak boleh bawa ke kubur.
Tapi Islam kata AMAL JARIAH kita bekalan ke kubur/akhirat sana.

7. Orang kita kata muda masa untuk enjoy dan SEMBAHYANG lintang pukang.
Tapi Islam kata SEMBAHYANGlah kamu sebelum kamu diSEMBAHYANGkan.

Bagi saya, cara mudah untuk kita mulakan langkah adalah dengan berdikit-dikit BERSEDEKAH kerana kita takkan jatuh miskin apabila BERSEDEKAH. :)

Kelebihan Bersedekah
Yakinlah bahawa apabila kita bersedekah, Allah akan gantikan yang lebih baik.

Jadi bersedialah kita masing-masing dengan setiap amalan yg BAIK untnk dibawa ke AKHIRAT kelak.

Jangan dengar cakap orang kita, tapi dengar apa ISLAM kata”

Sama-samalah kita Renungkan dan Fikir-fikirkan yer :) ….

Bonus untuk Entri Ini

Alhamdulillah, kali ini saya ingin kongsikan Doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak.

Doa agar mendapat rezeki yang lebih banyak
Doa agar mendapat rezeki yang lebih banyak

Terima Kasih kerana sudi membaca :)

2 8564
Kekasihku, Rasulullah S.A.W

Petang-petang begini, saya mendapat satu mesej dari adik saya yang betul-betul terkesan di hati saya. Ketika itu, perut saya betul-betul sedang kekenyangan setelah dijamu oleh seorang bos di Majestic Hotel tengahari tadi…

Alangkah beruntungnya saya diberi rezeki melalui bos ini, namun kisah Rasulullah ini benar-benar menginsafkan saya sebagai umatnya.

Mari saya kongsikan kisah ini dengan para pembaca semua, semoga menjadi pengajaran buat kita semua supaya tidak membazir ketika menikmati makanan kita walaupun kita tidak keluarkan duit untuk hidangan tersebut. Mungkin ada di antara kita yang sudahpun ketahui kisah ini.

Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat,”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?”

Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

Mendengar jawapan ini Sahabat Umar melanjutkan pertanyaannya, ”Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…”

Melihat kecemasan di wajah para sahabatnya,Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut Rasulullah yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah bergerak.

Umar memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?”

Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?” Para sahabat hanya terpegun.

Rasulullah melanjutkan, ”Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

MasyaAllah betapa cintanya Rasulullahu kepada umatnya…semoga kelak di akhirat nanti kita mendapatkan Syafa’atul Udzmah di Yaumil Qiyamah nanti..dan kita di kukuhkan keimanan serta keIslaman kita agar terus meneladaninya… آميـن اللّـهُمَّ آميـــــن

SHARING IS CARING :)

Nota Kaki : Jangan membazir yer, membazir itu sahabat syaitan ye.. Don’t play play…

15 10351
Peralihan Waktu Solat
Peralihan Waktu Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (jaga daripada tidur).

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Kelebihan Solat Subuh
Kelebihan Solat Subuh

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Perubahan Warna Alam
Perubahan Warna Alam mengikut Waktu Solat

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta. Semuanya untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Pengaruh warna bagi setiap waktu solat dapat mempengaruhi sistem kehidupan seharian kita
Pengaruh warna bagi setiap waktu solat dapat mempengaruhi sistem kehidupan seharian kita

Hakikatnya kita seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang- Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba- Nya ini amat memerlukannya.

Wallahu A’lam.

7 18068
Herbal Blend Shaklee - Krim Magik

Assalamualaikum..

Apa yang bestnye dengan Herbal Blend Shaklee

Alhamdulillah, hari ni dapat perkhabaran gembira dari customer yang nak repeat order Herbal Blend ni. Seorang doktor yang baru dapat baby, teruja sebab ruam pada rambut dan lampin anaknya hilang dengan menggunakan Herbal Blend Shaklee ni.

Masalah besarnya, produk ni memang selling fast. Macam chipsmore pun ada.. Kalau nak tahu, inilah Multi Purpose Cream terbaik dari ladang keluaran Shaklee. Memperkenalkan, pujaan hati saya. Encik Herbal Blend :)

Herbal Blend Shaklee | Multi Purpose Cream Terbaik
Di antara kebaikan yang boleh diperolehi dari Herbal Blend Shaklee ni

Bila tahu Shaklee ni ada produk multi purpose cream terbaik untuk kegunaan harian, mestilah nak tahu keberkesanannya kan.

Asalnya saya beli satu tiub untuk kegunaan sendiri yang mempunyai kulit yang kering. Sampaikan dulu saya kena cari ubat steroid di farmasi kalau kulit yang kering ni dah mula bersisik-sisik. Bila fikir-fikir, sampai bila la nak bagi kulit ni ditenyeh dengan ubat steroid yang boleh buatkan kulit saya makin menipis.

Kalau pergi farmasi tu memang bagitahu pada pharmacist tu nak ubat apa, terus dibaginya. Tapi kering-kering tu, ada masanya tangan dan kaki saya akan berpeluh kuat. Pelik tapi benar. Kalau sapu krim di tangan, tak sampai seminit kedua tapak kaki lepas tu akan turut berpeluh. Cerita lebih lanjut pasal kisah saya ni, boleh baca di SINI.

Tapi memang perasan, bila pakai krim ni memang rasa seronok je sebab tak berminyak dan cepat menyerap. Dengan rasa mentolnya tu, memang buat rasa nyaman je bila diguanakan. Hasilnya memang berbeza berbanding dengan krim-krim lain. Pakai di tapak tangan, tapak kaki takde kesan dan itulah yang saya suka sangat.

Antara kegunaan Herbal Blend Shaklee yang dah saya rasai ke’best’annya

Sebelum saya terangkan pengalaman saya menggunakan krim magik ni, saya bagi hint dulu ye bestnya bila dah pakai Herbal Blend ni.

Herbal Blend Shaklee | Multi Purpose Cream Terbaik
Manfaat terbaik yang boleh kita perolehi dengan menggunakan Herbal Blend ini

1. Membantu merawat eczema dan gatal-gatal digigit oleh serangga

Salah satu sebab teringin sangat nak gunakan Herbal Blend ni sebab kesian bila tengok anak-anak time kena gigit nyamuk. Lagi kesian bila tengok baby saya ni kalau kena gigit nyamuk. Tal pasal-pasal ada bintik merah halus kat mukanya. Mana taknya, nak halau macamana kan? Habis kena bedung tangannya, sedap je nyamuk sedut darah manis baby saya ni.

Kenalah saya cari penyelesaian yang lebih selamat kan berbanding produk yang ada bahan kimia. Betul tak? Memang cepat hilang kesan gigitan nyamuk tu bila gunakan Herbal Blend Shaklee ni.

Alhamdulillah, anak-anak saya bebas dari masalah eczema. Namun orang yang saya tak kenali hubungi saya untuk dapatkan Herbal Blend Shaklee ni. Bersungguh dia cari untuk dapatkan Herbal Blend ni untuk mengurangkan masalah eczema pada anaknya. Puan ni bagitau dah banyak dia berhabis duit untuk belikan ubat dari semurah-murahnya sampailah beratus-ratus harganya. Tapi makin lama kulit pada tangan anaknya makin menipis.

Dengan penggunaan Herbal Blend yang memang selamat dari sumber steroid, semoga masalah eczema anaknya semakin pulih dan anaknya yang berumur 7 tahun ni dapat menjalani aktiviti yang disukainya tanpa masalah pada kegatalan eczemanya.

2. Melicinkan tumit dari kesan tumit pecah-pecah

Disebabkan kulit saya yang sememangnya kering, tapak kaki dan tumit kaki pecah adalah masalah saya dari dulu lagi. Sebelum jatuh cinta dengan Herbal Blend Shaklee ni, setiap malam sebelum tidur saya akan sapukan lotion pada kaki dan tangan saya.

Yang tak bestnya, bila bangun pagi esoknya tu masih terasa berminyak dan kena basuh sampai hilang minyak tu sebelum nak solat. Tapi hasilnya tak berapa cun la. Bila dah dapat cuba Herbal Blend Shaklee ni, saya memang sengih je sampai ke telinga. Mana taknya, dah la tak berminyak dan hasilnya pun buat tumit kaki lembut dan rasa lembap je tau.  

3. Mengubati luka dan melecur

Fungsi yang ni mesti ramai yang tak tahu kan? Kira macam dah boleh jadi pengganti minyak gamat pun ada jugak. Bila anak-anak saya ada mengadu kena luka, saya pun suka gunakan Herbal Blend Shaklee ni untuk rawat luka. Bila tangan saya kena minyak panas pun saya sapukan Herbal Blend Shaklee ni jugak.

Alhamdulillah, panas pada tangan pun cepat je hilang tanpa tinggalkan parut. Memang patutla Shaklee gelarkannya Multi Purpose Cream sebab macam-macam boleh kita gunakan dalam kegunaan seharian kita. Saya amat mensyorkan untuk setiap rumah wajib ada 1 tiub tau.

4. Menghilangkan parut

Baru-baru ni adik saya dan anaknya terkena chicken pox. Tak sampai hati saya tengok parut yang banyak keluar dari satu badan adik saya ni. Saya pun bagi la 1 tiub untuk dia sapu pada badan adik saya ni.

Suaminya yang tolong sapukan Herbal Blend Shaklee ni punyalah banyak dia sapukan pada satu badan adik saya ni. Suami yang sayangkan isterinya, mesti nak parut-parut tu hilang cepat kan? Siap suami dia bagitau lagi, kalau habis kita beli la lagi. :)

Kalau nak lagi power, Vitamin E lagi berkesan untuk hilangkan parut-parut ni. Boleh dimakan dan juga boleh ditepek kat muka sebagai masker. Bila parut-parut ni dah hilang, bertambah la keyakinan diri dia lagi bila berhadapan dengan pesakit di klinik tu.

5. Menghilangkan ruam pada baby

Bab ni yang paling saya suka. Baby Zafran saya ni memang saya pakaikan Herbal Blend sejak lahir lagi. Tak macam kakak dan abangnya dulu yang banyak pakai ubatan berasaskan steroid ni. Ye lah, sebelum ni kan tak kenal lagi pada krim magik ni.

Sebelum ni Zafran memang pernah terkena ruam pada leher dan pada kawasan lampinnya. Alhamdulillah bila saya sapukan Herbal Blend Shaklee ni memang dah pulih sepenuhnya. Hmmm… Kalau kata ruam lampin ni disebabkan kulit tak sesuai dengan lampin yang dipakaikan sebab murah lah, rasanya saya tak betul sangat lah.

Zafran ni dah bermacam jenis lampin saya pernah pakaikan padanya. Dari Drypers, Pureen (hadiah hamper orang bagi, tak pakai rugi la kan), jenama Tesco dan sekarang ni Fitti pulak. Syukur, ruam lampinnya memang tak berani nak muncul-muncul lagi lepas tu. Yang penting kebersihan pada kawasan lampin tu pun kena dijaga sama juga.

Lagi satu, kalau boleh janganlah cemarkan kulit baby kita yang halus mulus ni dengan ubat steroid. Bahaya tau! Kesian kat baby tu, nanti nipis kulitnya dek ubat steroid yang kita sapukannya tu.

Herbal Blend Shaklee | Multi Purpose Cream
Inilah si baby Zafran saya. Ruam yang naik di lehernya dapat dihilangkan dalam masa beberapa hari sahaja dengan Herbal Blend Shaklee ni.

 6. Krim kegunaan harian

Saya memang gunakan Herbal Blend Shaklee ni sebagai krim untuk kegunaan seharian saya. Bila tangan saya kering, saya mesti sapukan krim ni sebab tak berminyak dan rasa mentholnya tu boleh buat rasa tenang gitu.

Bila tak berminyak ni, saya pun rasa selesa sangat sebab tak rasa berair macam kebanyakan krim dan losyen yang saya gunakan sebelum ni. Siap boleh perah dengan tuala lagi. :)

7. Membantu memulihkan puting luka bagi ibu menyusu

Saya tak pernah cuba lagi sebab masa puting pernah luka dulu, tak teringat nak sapukan Herbal Blend Shaklee ni. Bila dah luka dan melecet sebab gigitan atau dari lidah baby ni, fuhhh… Memang sakit sangat. Menangis tu bila nak susukan anak. Boleh lawan suara dengan anak yang lapar dengan tangisan kita yang sakit tu. :)

Disebabkan kandungannya yang semulajadi dan selamat, saya yakin ianya mampu memulihkan luka pada puting tu supaya takde lagi lawan tangisan dengan anak kita kelak. :)

Kenapa saya memilih Herbal Blend Shaklee ni sebagai Multi Purpose Cream?

Bila tengok balik ke’best’an menggunakan Herbal Blend ni, saya amat yakin untuk stok WAJIB yang ada di rumah saya. Lagipun, ia diperbuat dari ekstrak herba-herba semulajadi termasuklah dari daun sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

Lagi satu, disebabkan semuanya dari bahan-bahan semulajadi dan amat sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur. Yang pastinya, Herbal Blend Shaklee ni selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta….

Bila dah cinta pada Herbal Blend ni, kenalah tahu apa kandungannya jugakkan. Takkan main pakai secara melulu je tanpa tahu kebaikan herba yang terkandung di dalamnya.

Mai saya habaq sat yer apa fungsi setiap herba-herba semulajadi ni.

Herbal Blend Shaklee | Multi Purpose Cream Terbaik
Di antara herba-herba semulajadi yang terkandung di dalam Herbal Blend Shaklee ni

 Apa Kata Mereka Yang Telah Mencuba Herbal Blend Shaklee

Berikut adalah testimoni ikhlas dari pada mereka yang telah menggunakan Herbal Blend Shaklee ni.

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya.

Herbal Blend Shaklee | Multi Purpose CreamHerbal Blend Shaklee | Multi Purpose CreamHerbal Blend Shaklee | Multi Purpose CreamHerbal Blend Shaklee | Multi Purpose Cream

Tapi, mahal ke Herbal Blend Shaklee ni?

Kalau nak bandingkan dengan krim-krim lain yang ada di pasaran, Herbal Blend teramatlah murah nyer. Tapi disebabkan permintaan yang terlajak laris tu, Herbal Blend ni dah kehabisan stok.

Tapi anda ingin miliki juga, bolehlah pre order dengan saya. Bila ada stok nanti, saya akan hubungi anda untuk dimiliki ye :)

Harga Set Kurus Budget Shaklee

Harga runcit bagi Herbal Blend ini hanyalah RM37.50 termasuk dengan harga pos.

Nak Lebih Jimat?

Tapi kalau anda nak jimat lebih daripada 20% dari harga di atas, anda boleh hubungi saya dan saya akan beritahu caranya.

Faeza Seri di www.faezaseri.com
Faeza Seri
Hubungi saya secara terus di:[button color=”green” size=”small” link=”tel:0182426040″ target=”blank” ]018-242 6040 – Tel / SMS / Whatsapp [/button][button color=”blue” size=”small” link=”https://www.facebook.com/messages/faeza.seri” target=”blank” ]PM Saya di Facebook[/button]Cash on Delivery (COD) sekitar

  • Bandar Puncak Alam, Saujana Utama, Kota Puteri, Desa Coalfield, Merbau Sempak
  • Kelana Jaya, Subang dan Ara Damansara (Isnin – Jumaat)

Oh ya, konsultasi dan nasihat berterusan adalah percuma.

Insya-Allah, sama-sama kita membantu untuk mendapatkan nilai pembelian terbaik.

2 9362
Set Kurus Bajet Shaklee - Murah Tapi berkesan

Kandungan Artikel

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi

  1. Vitamin dan suplemen Shaklee untuk Set Kurus Budget Shaklee
  2. Fungsi dan keberkesanan setiap vitamin di dalam Set Kurus Budget Shaklee
  3. Testimoni dan pengakuan pengguna Set Kurus Budget Shaklee.
  4. Harga untuk Set Kurus Budget ini.

Best Sangat Ke Set Kurus Budget Shaklee?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan set kurus budget Shaklee yang kerap dipesan oleh pelanggan saya ketika mereka mula untuk serious dalam menguruskan badan mereka.

Ada yang pilih set kurus budget ini sebab mereka nak cuba-cuba dahulu. Tetapi tidak dinafikan, ada juga yang pilih set ini atas sebab kekangan budget.

Yang bestnya, rata-rata akan repeat order dan ada juga yang upgrade ke set kurus Shaklee yang lebih lengkap.

Set Kurus Budget Shaklee ini terdiri daripada dua vitamin iaitu

  1. Lecithin
  2. Alfalfa.

Mudah cakap, Lecithin ini sebagai ‘pembakar’ lemak manakala Alfalfa pula membuang lemak-lemak yang dikerjakan oleh Lecithin melalui perkumuhan.

Rujuk gambar di bawah untuk mengenali Encik Alfalfa dan Cik Lecithin kita.

Set Kurus Budget Shaklee
Inilah dua vitamin penting untuk memastikan kita kurus tanpa menguruskan dompet kita.

Dah tengok gambar di atas? Mesti la dah kan :) Sebab dah tengok mesti dah kenal En. Alfalfa dan Cik Lecithin ni.

Tapi anda mesti nak tau kan macam-mana pasangan mantap ini beraksi dalam memastikan kita mendapatkan berat badan ideal kita kan :)

Peranan Lecithin Untuk Menguruskan Badan dalam Set Kurus Budget Shaklee

Lecithin dikenali sebagai “pengemulsi lemak semulajadi”. Ini kerana, ia mudah untuk melekat ke lemak-lemak yang kita ambil dari permakanan kita.

Sebagai contoh; apabila kita makan makanan yang berlemak seperti sup tulang yang lazat tapi kaya dengan lemak, lemak-lemak tersebut akan masuk ke dalam badan kita.

Seterusnya, lemak-lemak tersebut akan diserap masuk ke dalam darah melalui usus kecil kita. Jadi, sekarang, lemak-lemak itu dah berjalan-jalan dalam darah kita.

Tanpa Lecithin, lemak-lemak ini akan melekat di saluran darah kita dan menyempitkan salur darah kita.

Punca Darah Tinggi - Set Kurus Budget
Ini yang kita tak nak. Lemak berkumpul dan melekat di saluran darah kita. Darah tinggi nanti.

Yang lebih tak best, lemak-lemak ini tidak dipakai oleh badan dan disimpan di bawah kulit sekiranya kita tidak bersenam secara aktif. Ini lah punca gemuk (yang kita tak nak sangat ni).

Tapi, apabila kita makan Lecithin SEBELUM kita makan makanan yang berlemak, Lecithin ini telah bersiap sedia untuk ‘menangkap’ lemak-lemak ini dengan menempelkan dirinya ke molekul lemak.

Jadi, molekul lemak dari sup tulang kita ini akan dikeluarkan dan dikumpulkan dan seterusnya akan dilarutkan dalam darah kita

Malah, dengan Lecithin juga, lemak terlarut ini tidak akan melekat di salur darah kita. Best kan :)

Cuba tengok video di bawah. Video ini menunjukkan bukti bagaimana Lecithin melarutkan lemak (minyak) ke dalam air. Kalau nak ikutkan, mana mungkin minyak nak larut dalam air kan.

Malangnya, Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan kita secara semula jadi. Kita perlu dapatkan Lecithin ini daripada sumber luaran. Antara sumber yang terbaik adalah Lecithin daripada soya. Ia bukan sahaja berkesan malah dapat dihasilkan pada kos yang rendah.

Tetapi, Lectihin sahaja tidak cukup untuk memastikan yang lemak-lemak ini tidak disimpan oleh badan. Kita perlukan sahabat baik Lecithin untuk mengeluarkan lemak-lemak terlarut yang sedang terapung di dalam darah kita secepat mungkin.

Memperkenalkan, Encik Alfalfa.

Peranan Alfalfa Untuk Menguruskan Badan dalam Set Kurus Budget Shaklee

Nama samaran kepada Alfalfa adalah ‘pencuci darah’ atau Mr. Smith or Miss. Jane sebut ‘blood detoxifier’.

Tugas utama Alfalfa adalah membuang segala toksik dan bahan yang tidak sepatutnya berada di dalam darah kita melalui sistem perkumuhan kita.

Dan oleh kerana lemak terlarut yang baru lepas dikerjakan oleh Lecithin tadi merupakan bahan yang tidak sepatutnya berada di dalam badan kita, maka Alfalfa akan mengeluarkan dari darah kita secara lembut.

Sebagai bonus, Alfalfa ni akan membuatkan perut kita lebih lawas sebab dia ada daun senna. Daun yang dimakan Rasulullah bagi tujuan pelawasan.

Daun Senna - Set Kurus Budget Shaklee
Ini lah rupa daun senna. Daun senna ini merupakan salah satu intipati Shaklee Alfalfa Complex

Untuk bonus yang lain, Alfalfa sebenarnya adalah kawan rapat wanita anggun tau. Apa taknya, bukan sekadar darah menjadi lebih bersih, tetapi masalah keputihan pun akan hilang dan cik V pun lebih rapat gitew (hihihi).

Untuk cik Abang yang kacak tapi yang ada masalah angin pula, selepas makan Alfalfa, insya Allah masalah angin tinggal sejarah.

Baru la cik Abang sayang ketat-ketat kat kita. Kita pula semakin tersenyum dengan kegagahan cik Abang.

Jadi macam mana? Best tak?

Mesti lah best kan. Tapi nak bagi anda lebih teruja, jom kita baca apa kata mereka yang dah cuba set kurus Shaklee ini.

Apa Kata Mereka Yang Telah Mencuba Set Kurus Budget Shaklee

Berikut adalah testimoni ikhlas dari pada mereka yang telah menggunakan Set Kurus (Budget) Shaklee.

Klik pada gambar untuk memperbesarkannya.

Set Kurus Budget Shaklee Testimoni-Set-Kurus-Budget-2 Testimoni-Set-Kurus-Budget-3 Testimoni-Set-Kurus-Budget-4 Testimoni-Set-Kurus-Budget-5

Tapi, mahal ke Set Kurus Budget Shaklee ni?

Ish, dah nama pun set budget kan, mesti lah mesra poket. Rujuk bawah untuk tahu harga jimat dan harga yang leeeeeeeebih jimat :)

Harga Set Kurus Budget Shaklee

Harga runcit bagi set kurus budget Shaklee ini hanyalah RM116.25 termasuk dengan harga pos. Sekiranya dibeli secara berasingan, harga Lecithin adalah RM52.50 manakala harga Alfalfa pula adalah RM53.75.

Untuk membeli set kurus budget ini secara terus dari Shaklee, anda boleh klik butang di bawah. Shaklee yang akan uruskan perihal pembayaran dan penghantaran. Insya-Allah, dalam 3 hari bekerja, set kurus budget ini sampai ke pintu rumah anda.

[button color=”pink” size=”medium” link=”https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=73eb26ad4e0c9d3f4a7bdede7856b79a” target=”blank” ]Klik Sini Untuk Beli Terus Dari Shaklee[/button]

Nak Lebih Jimat?

Tapi kalau anda nak jimat lebih daripada RM20 dari harga di atas, anda boleh hubungi saya dan saya akan beritahu caranya.

Faeza Seri di www.faezaseri.com
Faeza Seri
Hubungi saya secara terus di:Tel / Whatsapp : 018 – 2426040

Cash on Delivery (COD) sekitar

  • Bandar Puncak Alam, Saujana Utama, Kota Puteri, Desa Coalfield, Merbau Sempak
  • Kelana Jaya, Subang dan Ara Damansara (Isnin – Jumaat)

Oh ya, konsultasi dan nasihat cara makan berterusan adalah percuma.

Insya-Allah, sama-sama kita membantu untuk mendapatkan nilai pembelian terbaik.

85 34359

Assalamua’alaikum…

Hari ni saya nak berkongsi kegembiraan saya dengan para pembaca berkisar 2 peristiwa besar pada hari Sabtu lepas, 21 Jun 2014.

Anak saya, Amiera ni baru 6 tahun tapi saya masukkan dia di pra sekolah pada sebelah pagi dan tadika Little Caliph pada sebelah petangnya. Kesian pun ada kat dia jugak tapi tengok dia pulak yang suka.Takdela rasa nak dera anakkan? Amiera yang suka, mommy lagi la happy. :)

Tahun sebelum tu kami ada hantar di tadika lain tapi dia tak happy. Dia komplen kalau petang tak tidur, nanti kena masuk punish room. Ala…kesiannya budak comel macam justin bieber macam Amiera ni nak dipaksa tidur. Memang tak nak la gamaknya. Dan dialah yang selalu jadi ahli tetap bilik punish room tu :(

Bila Amiera dah sekolah pagi dan petang ni, huru hara la bila 2 acara dibuat serentak pada hari yang sama. Sibuk mengalahkan maknya la pulak Amiera oiii… Pra sekolahnya buat sukaneka dan tadika Little Caliphnya pulak ada hari perjumpaan ibu bapa. Amiera dah excited dengan sukanekanya tapi dia pun tak nak miss dari pergi ke Little Caliph nyer tu.

So..

Pagi 21 Jun tu, saya mandikan dan siapkan kelengkapan Amiera macam biasa. Sarapan Amiera macam biasalah, secawan milo dicampur mealshake dan Omegaguard. Itu dah semestinya untuk pastikan dia dapat nutrien yang secukupnya di awal pagi.

Asalnya saya tak nak ikut sebab masih dalam tempoh berpantang lagi. Tiba-tiba pagi tu suami dapat job la pulak. Alamak…takkan nak biarkan Amiera tak pergi sukaneka pulak kan? Dah siap cerita sukan apa yang dia masuk tapi tak dapat nak join pulak. Suami dan saya sama-sama setuju…Saya bawa Zafran temankan Amiera untuk sukanekanya dan suami saya pulak bawa Faiez untuk kerja luarnya.. Terpaksalah berpisah seketika.

Saya pun macam kilat la bersiap dan menyiapkan baby Zafran sekali. Dekat pukul 8 pagi baru bertolak dari rumah… Harapnya Amiera tak terlambat la.

Sampai kat sekolahnya, banyak kereta dah parking..Alhamdulillah, dapat jugak park kereta dekat dengan pintu masuk ke padang sekolahnya. Cepat-cepat saya dan Amiera masuk ke padang sekolah dan Amiera pergi ke khemah khas tempat semua kawannya berkumpul.

Tidak lama lepas tu dalam pukul 8.30 pagi, perasmian sukaneka dan sukan tahunan sekolah Puncak Alam 2 dimulakan dengan persembaham dari pasukan pandu puteri tunas. Good job la.. memang best!

Pandu Puteri Tunas beraksi dengan perbarisan berirama di atas padang.
Pandu Puteri Tunas beraksi dengan perbarisan berirama di atas padang.

Amiera masuk 2 acara dalam sukanekanya.. Tapi saya tak nampak langsung mana lah batang hidung Amiera ni sampailah habis 2 acara tu. Saya intai-intai dari jauh masih tak nampak lagi Amiera. ‘Takkan tak masuk mana-mana acara kot dia ni.” Kesianlah pulak kat Amiera.

Salah satu acara sukaneka Amiera - Pancing ikan atas darat
Salah satu acara sukaneka Amiera – Pancing ikan atas darat

Saya pulak tak dapat pergi ke mana-mana sebab pegang Zafran yang dah tidur ni. Baik si Zafran ni yang tak banyak hal sepanjang sukaneka ni.

Steady je Zafran tidur sepanjang kakaknya bersukaneka
Steady je Zafran tidur sepanjang kakaknya bersukaneka

Nasib baik sukaneka ni tak lama. Masa nak penyampaian hadiah, barulah saya nampak Amiera. Laaaa…rupanya dia pakai baju biru. Patutla tak perasan langsung.. Bila masa la cikgu dia tukarkan baju ni.. Sebab pagi tadi Amiera ni pakai baju kuning. Kompius betul la.

Semua budak pra sekolah bergambar sebagai kenangan. Saya tak dapat ambil gambar dari dekat. Inilah hasil dari jauh.
Semua budak pra sekolah bergambar sebagai kenangan. Saya tak dapat ambil gambar dari dekat. Inilah hasil dari jauh.

Amiera dapat 2 medal; 1 juara dan 1 lagi naib juara dan 1 tabung Hello Kitty… Good job Amiera… Hebat jugak anak mommy sorang ni. Tapi mommy dapat amik gambar dari jauh je Amiera… Takper yer.. Tahun depan, mommy dan ayah akan datang dan raikan Amiera sehabis bagus yer.

Habis sukaneka dalam pukul 9.30 pagi tapi sampai pukul 10pagi Amiera tak datang-datang di khemah tempat saya dan Zafran berehat. Ya Allah… Saya tengok ibu bapa lain dah bersama dengan anak-anak mereka. Saya mula rasa tak sedap hati.

Saya angkut semua barang dan pegang Zafran, terus menuju ke khemah budak-budak. Langsung tidak ada seorang pun budak pra sekolah yang berada di situ. Lagilah gemuruh jiwa saya ni… macam lagu Faizal Tahir la pulak. Tapi memang cuak habis masa ni.

Saya mula pergi ke kantin dan meninjau budak kecil sebaya Amiera yang memakai baju warna biru. Tak jumpa jugak… Ya Allah, mana lah Amiera ni. Tak lama lepas tu, saya terjumpa seorang budak yang pakai baju pink, salah satu baju pra sekolah Amiera.

Saya tanya budak tu kenal tak Amiera? Dia tak kenal Amiera la pulak. Alhamdulillah, mak budak tu ada ketika tu. Dia bagitau saya semua budak pra sekolah berada di kelas masing-masing untuk diambil oleh ibu bapa… Fuhh… Lega saya masa tu. Kelas Amiera lah tempat tujuan saya selepas tu.

Sampai-sampai di kelas Amiera, saya tanya cikgu Rosiah selaku guru kelas Amiera. Amiera ada tak? Cikgu Rosiah bagitau yang Amiera baru je pergi ke tempat saya tunggu dia tadi bersama dengan cikgunya yang lain. Alamak… saya pergi ke kelas dia dan dia pergi ke tempat saya.. Mestilah tak jumpa macam tu… Macam mana ni???

Lepas ucapkan terima kasih pada cikgu Rosiah, saya terus bergegas ke khemah tempat saya lepak tadi. Dalam perjalanan tu,  mulut saya tak henti-henti berdoa agar Allah permudahkan saya bertemu dengan Amiera. Allahu Akbar, tak lama lepas tu…

Saya terdengar suara budak kecil memanggil dari belakang..”Mommy..mommy..”. Bila saya pandang belakang, subhanAllah… oh Amiera anakku… Saya tanya Amiera macam mana boleh kenal mommy? Dia bagitau, kakak ingat tudung yang mommy pakai… Masha Allah, prihatin sungguh Amiera rupanya. yang peliknya, Amiera dah pakai balik baju kuningnya. Patutla cari tak jumpa-jumpa sebab saya fokus pada budak yang pakai baju warna biru. Masa tu nak peluk Amiera ketat-ketat pun ada tapi sebab tengah pegang Zafran.. Hanya kata-kata yang terluah ketika tu.

Isu culik budak yang semakin berleluasa sekarang ni memang membuatkan saya risau sangat pasal keselamatan Amiera ni.

Selepas tu, kami pun terus menuju ke kereta. Amiera pun tunjukkan medal yang dia dapat tadi dengan gembiranya. Bila saya tengok jam, hmmm..Baru pukul 10.30 pagi.

Kalau macam ni, boleh la pergi ke Little Caliph pulak untuk jumpa dengan teacher Amiera pula. Saya bagitau pada Amiera dan dia pun happy tak terkata la. Saya pun terus memandu ke Little Caliph..

Sesi ibu bapa dan anak bertemu dengan teacher di Little Caliph. Masa ni tengah tunggu turn Amiera dipanggil
Sesi ibu bapa dan anak bertemu dengan teacher di Little Caliph. Masa ni tengah tunggu turn Amiera dipanggil

Sampai di Little Caliph, dah ramai ibu bapa yang tunggu giliran masing=masing nak jumpa dengan teacher ikut kelas dan umur masing-masing. Masa tu, adalah dekat 15 minit menunggu giliran.

Bila nama Amiera dipanggil, saya dan Amiera pun jumpalah dengan teacher Amiera ni. Rupanya nak tunjukkan result periksa pertengahan tahun Amiera sekali di samping bertukar buah fikiran untuk terus tingkatkan lagi mutu pembelajarannya.

Repord Card mini dari Little Caliph Amiera
Repord Card mini dari Little Caliph Amiera

Syukur ya Allah, Amiera dapat nombor 1 dalam kelasnya. Alhamdulillah…Disebabkan Amiera tadika di Little Caliph pada waktu petang, hanya ada 3 orang budak yang bersekolah di sebelah petang. Bagus ke bagus keputusannya?

Walaupun 3 orang sahaja, tapi mereka bertiga inilah yang diberi perhatian lebih dalam kelas. Buktinya, yang sekolah masa shift petang inilah paling cepat belajar. Banyak makluman yang teacher ni sampaikan untuk dikongsi bersama saya. Ikut keseluruhan pun, Amiera is still no. 1.. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Amiera memang anak yang cerdik walaupun dia suka bermain je di rumah
Alhamdulillah, Amiera memang anak yang cerdik walaupun dia suka bermain je di rumah

Saya juga bertanyakan untuk meletakkan Faiez ke Little Caliph pada hujung tahun ini. Nampak gayanya, Faiez akan masuk Little Caliph juga la ni…

Amiera teruja menunjukkan aktiviti craft Little Caliph yang telah diabadikan dalam drawing block
Amiera teruja menunjukkan aktiviti craft Little Caliph yang telah diabadikan dalam drawing block

Selepas semuanya selesai, saya pun dengan senang hati balik ke rumah. Alhamdulillah, misi hari ini berjaya dengan jayanya kerana dapat hadirkan diri untuk kedua-dua majlis besar Amiera hari ni. Syukur Ya Allah kerana memberi ruang dan peluang yang amat berharga ini.

Inilah teacher Nadzeera - teacher kesayangan Amiera di Little Caliph
Inilah teacher Nadzeera – teacher kesayangan Amiera di Little Caliph

Saya amat menghargai amanah yang Allah kurniakan kepada saya dengan mengurniakan 3 orang cahayamata yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat.

0 6124

Assalamu’alaikum.

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya memandu dalam keadaan mengantuk semasa pergi dan balik kerja. Dah semestinya mesti ada cara nak atasi masalah mengantuk ni kan?

Kalau nak tau…sebelum saya berpindah ke Puncak Alam, rumah sewa saya hanya memakan masa lima minit perjalanan ke tempat kerja. Best ke best??? Tapi tu rumah sewa je dan tinggi melangit kat tingkat 15. Masalah mengantuk memang tak la kan…

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya untuk membeli rumah di Puncak Alam. Dari 5 minit tempoh perjalanan, dah jadi ke 1 jam 15 minit. Fuhhh… cubaan dan dugaan betul kan?

Dulu…kalau tidur lambat pun tak kisah sebab rumah kan dekat sangat dengan opis. Sekarang ni… kalau tidur lambat, pagi tu jadilah zombie yang pergi kerja dalam keadaan mengantuk. Nak taknak, kena lah hadap jugak kan?

Bermulalah kisahnya

Kebiasannya setiap pagi saya akan bertolak dari rumah seawal 7 pagi. Amiera yang dah mula bersekolah pra pun kadang-kadang saya tak sempat nak siapkan keperluan dan sarapan hariannya. Nak bersarapan untuk diri sendiri, memanglah tak sempat (buat alasan). Memang terkocoh-kocoh nak pergi kerja kala tu.. Huhuhuhuhu…

Setiap pagi macam ni lah gayanya sebelum pergi kerja.
Setiap pagi macam ni lah gayanya sebelum pergi kerja.

Dalam perjalanan nak pejabat, kena singgah dulu kat rumah mak untuk hantar Faiez. Nasib baik la duduk dekat dengan rumah mak. Fuhh…setel satu tugasan sebelum ke tempat kerja.

Nampak macam awal je pergi pukul 7 pagi kan? Tapi sebenarnya, tu dah kira nyawa-nyawa itik la tu untuk sampai sebelum pukul 8.30 pagi. Tak sampai pun 5 minit bergerak dari rumah mak, simpang kat Saujana Utama dan start sesak.

Kadang-kadang tu sempat la post status kat FB. Kalau ada bantuan dari pakcik baju putih, lancar la jugak masa kat traffic light tu. Takde la nak tunggu sampai 3 ke 4 kali lampu merah tu bertukar warna hijau.

Lepas dari simpang tu, biasanya dah boleh pecut berdesup sebab pilih untuk masuk highway GUTHRIE. Bayar lebih sikit takper dari asyik nak follow kereta depan yang panjang berjela kalau nak ikut jalan yang tak kena tol. Itu lagi parah, jiwa terseksa..minyak pulak menderita.

Bila dah berdesup bawak kereta tu, kadang-kadang pun boleh terlelap. Itu memang menakutkan. Istighfar memang tak lekang la dari mulut bila tersedar dari lelap tu. Itu kat jalan yang lurus, kalau jalan yang bengkang bengkok tak tau lah apa yang jadi… Nauzubillah.

Berdesup je bawak kereta bila dah masuk highway.  Ada gaya bila dapat bawak kereta Aston Martin ni kan?
Berdesup je bawak kereta bila dah masuk highway.
Ada gaya bila dapat bawak kereta Aston Martin ni kan?

Malang Tak Berbau

Satu hari tu saya pergilah kerja macam biasa. Masalah mengantuk tu dah mula sejak awal memandu lagi. Tapi layan jugak bawak kereta tu. Nasib baik ada gula-gula sebagai kawan setia mata ni. Seketul-seketul gula-gula masuk kat dalam mulut sampailah habis stok. Padahal tu baru separuh perjalanan. Tapi saya teruskan juga.

Saya pun tak sedar bila masa saya terlelap dan tiba-tiba… Dammmm… Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Kerata saya langgar belakang belakang kereta orang. Masa tu memang cuak sangat-sangat dan tak tahu nak buat apa. Harap-harapnya tak teruk la, doa saya dalam hati.

Macam ginilah lebih kurang kemalangan tu berlaku..( Gambar sekadar hiasan dan warna kereta pun tak sama)
Macam ginilah lebih kurang kemalangan tu berlaku..( Gambar sekadar hiasan dan warna kereta pun tak sama)

Masa tu pulak saya tengah mengandung.. Nasib baik tak kuat sangat hentamannya sebab saya bawak kereta pun tak laju masa tu. Dengan terketar-ketar tu, keluar la dari kereta jugak. Driver kereta depan tu perempuan, namanya Fatin.

Bila tengok tempat yang kena tu, takde la teruk sangat. Tapi…macamana nak bagitau suami ni? Janganlah dia marah..LUA… LUA… Dah la tu kereta kesayangan dia, saya pulak bagi cium dengan kereta orang lain.

Sebab masing-masing dah lambat, kami cuma bertukar nombor telepon. Bila sampai ofis, barulah saya bagitau suami. Syukurlah, dia tak marah… Terkejut juga saya bila suami tak marah. Kereta kesayangan la katakan..Mungkin juga sebab saya mengandung kot… Terima kasih yer abang tak marah saya 😉

Pagi tu juga Fatin ada whatsapp minta ganti rugi RM300 lepas dia bawa kereta ke bengkel untuk di repair. Fatin siap bagi screenshot whatsapp dari suami dia lagi. Lagi buat kita cuakss..Dia bagitau kalau buat report polis dah sah-sah kena bayar RM300 jugak. Insuran saya pulak yang kena nanti, NCB dah tentu back to zero balik. Tak mau tak mau…

Perbualan via whatsapp je - RM300 tu kos Fatin nak repair kereta dia.
Perbualan via whatsapp je – RM300 tu kos Fatin nak repair kereta dia.

Teponlah suami…Dia kata bayar je la RM300 tu. Duit tu bukan rezeki kami, tu hak bengkel kereta tempat Fatin tu repair kereta. Lagipun sejak buat bisnes ni, hidup kami dipermudahkan dengan tidak merasa sesak untuk mengeluarkan wang bila berlaku kecemasan macam ni. Alhamdulillah.

Pengajaran

Ini semua sebab tak dengar cakap suami yang suruh sarapan dan ambil b complex dulu sebelum pergi kerja. Kawan dia pun ada ambil b complex ni bila nak jalan jauh dan memang tak rasa mengantuk bila memandu.

Sebab saya fikirkan balik nanti pun boleh mengantuk jugak masa memandu, saya tukarkan sarapan saya dengan ambil ESP sebagai sarapan segera saya. Kalau tak sempat nak minum kat rumah, saya minum masa dalam kereta. ESP ni boleh bantu buat saya segar bila memandu.

ESP in the shaker... Boleh dibawa ke mana-mana.
ESP in the shaker… Boleh dibawa ke mana-mana.

B complex pulak saya ambil lepas makan tengahari untuk pastikan masa drive balik petang tu tak mengantuk. Kenapa saya ambil lepas makan tengahari? Sebabnya….

Antara fungsi b complex yang memang patut saya kena ambil sebab ia boleh:

  1. Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga
  2. Melawan tekanan dari masalah stress dan sakit kepala
  3. Mengurangkan masalah keletihan mata

Memang sesuai sangatlah saya ambil waktu lepas makan tengahari sebab makanan yang saya ambil tu dah ditukarkan kepada tenaga bila waktu nak balik kerja nanti. Barulah cergas nak memandu balik tu. Selain tu, masalah stress dan keletihan mata semasa drive pun dapat dikurangkan.

B Complex Shaklee adalah yang terbaik pernah saya gunakan. Ianya lengkap dengan semua vitamin B yang diperlukan badan.
B Complex Shaklee adalah yang terbaik pernah saya gunakan. Ianya lengkap dengan semua vitamin B yang diperlukan badan.

Tapi hati-hati ye pembaca semua…

Bagi siapa yang nak naikkan berat badan, b complex ni WAJIB diambil 2 jam selepas waktu makan tau. Sebabnya bila kita jarakkan ambil b complex ni, makanan yang dimakan dah diproses dan takde apa nak ditukarkan. Masa tu lah perut meminta-minta nakkan makanan yang baru.

Kalau cerita je tak guna. Kalau tak, takkan ada pengguna b complex sebelum ni pun dah cuba dan rasai apa yang saya cakapkan ni.

Testimoni dari pengguna yang dah merasai betapa bestnya B Complex ni
Testimoni dari pengguna yang dah merasai betapa bestnya B Complex ni

Sekarang ni, bila ada kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama.. Saya pastikan saya akan berikan penjelasan dengan lebih lanjut kenapa dia perlukan b complex ni dan bila waktu yang sesuai untuk dimakan. Bukan semua orang nakkan berat badan yang ideal, ada jugak yang nak jadi bam bam…

Sebab itulah cara pemakanan kena betul dengan setiap vitamin yang kita ambil.

Saya berharap semoga entri saya kali ini dapat membantu para pembaca untuk lebih memahami keperluan b complex dalam kehidupan seharian kita.

Sehingga berjumpa lagi….

1 6772

Sedar tak sedar…

Dah 6 tahun kotak ubat-ubatan ni digunakan secara turun temurun dari Amiera, Faiez sampailah ke Zafran…

Macam tak percaya pulak. Setiap kali gunakan kotak ni, mesti teringat masa mandi dan merapikan anak-anak :)

Sekarang ni, turn Zafran la pulak yer.

Macam-macam ada.. Kali ni kebanyakan barangannya lebih natural dan selamat digunakan oleh baby.
Macam-macam ada.. Kali ni kebanyakan barangannya lebih natural dan selamat digunakan oleh baby.

Kakak dan Abang yang penyayang

Amiera dn Faiez memang sayangkan Zafran dan selalu request nak pegang Zafran. Kita pulak yang tak berapa yakin..

Tapi Amiera dah pandai jaga dan agah-agah Zafran.

Cara Amiera pegang Zafran macam dah pro je. Seronok mommy tengok Kak pegang Zafran.
Cara Amiera pegang Zafran macam dah pro je. Seronok mommy tengok Kak pegang Zafran.

Ni gaya Abang Faiez pulak bila pegang Zafran. Abang Faiez ni penggeli orangnya.. Bila letak Zafran kat pangku Abang Faiez, geli geleman satu badan.

Beginilah gaya Abang Faiez bila dapat pangku Zafran. Dia sendiri pun macam nak jatuh je.
Beginilah gaya Abang Faiez bila dapat pangku Zafran. Dia sendiri pun macam nak jatuh je.

Saya amat sayangkan anak-anak saya… Seronok bila tengok anak-anak membesar depan mata saya sendiri.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kepada saya dan suami… Anak-anak yang comel dan bijak…

0 2253

Assalamu’alaikum..

Sebelum ni saya ada kongsikan kebaikan Halia tapi entri kali ini saya ingin kongsikan resepi Halia untuk mengatasi masalah berat badan pula.

Apa yang best dengan Halia

Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia
Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia

Mesti tak ramai yang suka makan Halia bila mentah ataupun bila dah dipotong-potong dalam masakan anda kan?

Sebenarnya, ramai yang sedar akan kelebihannya yang menakjubkan… Wallaaa…

Halia mampu :

1. Melegakan loya-loya

2. Menghilangkan gejala sejuk pada badan

3. Antioksida yang hebat untuk membantu penghadaman dengan meningkatkan pH pada asid perut.

4. Membantu mengurangkan kolesterol yang boleh mempengaruhi penurunan berat badan.

Resepi Halia Untuk Mengurangkan Berat Badan

Saya meruapakan peminat halia. kalau dalam makanan tu ada halia, mesti saya tak lepaskan peluang untuk makan sampai licin semua hirisan halia.

Biasanya ramai yang tolak tepi je halia ni, sekadar nak ambil rasa je. Memang rugi betul tau.

Jom  saya kongsikan 4 resepi ringkas Halia untuk meningkatkan metabolisma dengan rasanya yang pedas-pedas dan meyelerakan ni.

Resepi 1

Untuk mengurangkan selera makan tetapi membantu untuk penghadaman, boleh cuba dengan menghirup teh halia.

Cara-caranya:

1. Masukkan 1/2 cawan potongan halia ke dalam periuk dengan 3 cawan air panas.

2. Reneh sehingga 3 minit.

3. Minum 3 kali sehari.

Teh Halia memang elok untuk menbuang angin dalam badan
Teh Halia memang elok untuk menbuang angin dalam badan

Resepi 2

Potongkan sedikit Halia dan kunyah sebelum mengambil makan.

Resepi 3

Tambahkan Halia dalam setiap resepi makanan anda.

Makanan yang diletakkan hirisan Halia memang bagus kalau dapat dimakan sekali. Barulah dapat kesan yang menakjubkan
Makanan yang diletakkan hirisan Halia memang bagus kalau dapat dimakan sekali. Barulah dapat kesan yang menakjubkan

Resepi 4

Campurkan sedikit Halia di dalam gelas kecil bersama-sama dengan hirisan Lemon dan sedikit garam. Minum sebelum mengambil makanan.

Gabungan air halia dan lemon dapat menurunkan berat badan dengan berkesan
Gabungan air halia dan lemon dapat menurunkan berat badan dengan berkesan

Anda ingin tahu kelebihan Halia pula?

Jemput baca DI SINI.

 

45 41037

Assalamua’laikum…

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman suami saya yang dah mula jatuh hati dengan Herblax ni.

Kisah Suami dan Herblax

Sebelum ni, dah lama Herblax ni ada dalam simpanan stok kami yang dah lama di’booking’ suami yang nak makan tapi asyik nak skip je sebab dah makan supplemen untuk tujuan lain.

Lagi satu yang buat dia tunda lama sangat nak makan Herblax ni sebab dia tak ada masalah pembuangan.

Tapi minggu ni dia dah tekad untuk konsisten nak ambil Herblax sebab dia betul-betul serious nak bersihkan usus dia. Detox gitew.

Katanya, rugi amik suplemen yang lain dan rugi makan makanan mahal-mahal kalau perut kita tak bersih. Susah vitamin dan mineral tu nak terserap masuk.

Baguslah kalau macam tu kan, dah sedang elok untuk cuci-cuci usus dia tu dan biar perut tu ringan je.

Kalau nak tau, hari ni je dia bagitau dah 3 kali keluar masuk bilik pelaburan amanah saham ‘T’…(read: T is Toilet ngeh ngeh)

Mak ai… Mustajab betul sebab sekarang ni dia dah tak makan banyak mana pun tapi yang keluar lagi banyak dari yang masuk.

Tapi 4 biji herblax ini memang kuat kesannya ye rakan-rakan pembaca. Kalau tak biasa, ambil dua biji dulu. Suami saya sebab dah pernah cuba dua dan tiga biji. Kali ni dia try 4 biji pulak. Disarankan, kalau nak ambil herblax diperingkat permulaan, ambil pada hari cuti :)

Ada apa dengan Herblax

Apa yang buat dia suka sangat dengan Herblax ni adalah salah satu dari ramuan di dalamnya adalah daun Senna yang memang dari dulu dah digunakan oleh Rasulullah sebagai pelawas. Maknanya dah kira ikut sunnah la kalau kita ambil Herblax ni kan.  :)

Inilah rupanya daun Senna tu. Shaklee hanya memastikan daun yang betul-betul berkualiti untuk dijadikan tablet Herblax ni.
Inilah rupanya daun Senna tu. Shaklee hanya memastikan daun yang betul-betul berkualiti untuk dijadikan tablet Herblax ni.
Antara kandungan Herblax.
Antara kandungan Herblax.

Takper, jangan risau. Semua tu nak kasi clearkan usus pun.

Kalau tak buat macam tu, ambil supplemen apapun takkan berkesan sebab penyerapannya tak maksimum diterima oleh usus kita nanti. Betul tak?

Dulu…Saya pernah la buat lawak kat dia bagitau kalau kita kerap membuang, kuku kaki dan tangan kita cepat panjang. Ye ke tak ek :p

Manfaat Terbaik Herblax

Saya rasa terlalu banyak manfaat dari Herblax ni, tapi 3 yang terbaik boleh saya kongsikan di sini adalah :

1. Membersihkan najis yang tersekat dengan merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut terhadap sisa najis yang terperangkap lama dalam tubuh.

2. Mengatasi masalah sembelit, tindakan pembersihan yang lembut dapat mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung melegakan sembelit

3. Mengempiskan perut

Testimoni Bagi Mereka Yang Telah Menggunakan Herblax

Sebelum saya simpulkan kat sini kelebihan lain bila menggunakan Herblax ni… Jom saya kongsikan beberapa testimoni mereka yang dah merasai keberkesanan Herblax ni.

Testimoni 1 - Perut rasa ringan lepas menggunakan Herblax
Testimoni 1 – Perut rasa ringan lepas menggunakan Herblax

 

Testimoni 2 - Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, Herblax juga dapat membantu :)
Testimoni 2 – Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, Herblax juga dapat membantu :)

Seorang lagi yang mengaku ikhlas kesukaannya pada Herblax.
Seorang lagi yang mengaku ikhlas kesukaannya pada Herblax.

Harga Terbaik Herblax

Bagi saya, harga sebotol Herblax ni takde la mahal mana pun. Pulak tu, sebotol boleh tahan dari 4 ke 6 bulan. Sebotol cuma RM52.50 sahaja.

Kalau nak dibandingkan dengan kesihatan kita yang entah apa-apa kita bagi perut kita makan, Herblax ini la jadi kawan karib anda masa di bilik pelaburan nanti.

Kalau nakkan harga yang lagi murah, harga ahli memang boleh jimat sehingga 30%. Memang berbaloi sangat-sangat.

Bonus: 10 Sebab Perut Jadi Buncit

Sebagai bonus kepada semua, saya nak kongsikan 10 Sebab Perut Jadi Buncit.

PERUT BUNCIT- WANITA

Trending

94 83741
Alhamdulillah, Akhirnya dah confirm bakal di adakan pada 15 November 2014 ini. Tujuan workshop ini mudah aje.. iaitu untuk transfer knowledge and experience saya dok buat...