Authors Posts by Arham Zulqarnaen

Arham Zulqarnaen

Arham Zulqarnaen
93 POSTS 0 COMMENTS
Arham Zulqarnaen; Pengasas Zulfa Technologies di www.zulfa.com.my - Seorang usahawan berteraskan teknologi (technoprenuer). Kepakaran membangunkan sistem pengurusan bisnes dan pemasaran online, platform pemasaran 24/7 dan blog-niaga serta minisite untuk keperluan usahawan. Suka kan internet marketing and positioning. Berganding bahu dengan isteri dalam bisnes online Shaklee. Bertanggung jawab dalam memastikan anak-didik team mampu menjalankan bisnes online secara praktikal dan mudah.

0 294

Assalamualaikum pembaca Faezaseri.com. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Hari ni saya nak kongsikan satu ‘permata’ yang saya terjumpa di Facebook. Hasil coretan seorang sahabat, Shabariah Mahmud.


Kata orang-orang bijak pandai, jika :

1. Ingin BAHAGIA. – Sembahyang awal waktu
2. Ingin SIHAT – Berpuasa
3. Ingin DIPERMUDAHKAN URUSAN – Bacalah Al-Quran
4. Ingin WAJAH BERSERI– Jaga sembahyang Tahajud
5. Ingin KAYA – Sembahyang Dhuha
6. Apabila DIHIMPIT MASALAH – Beristghfarlah
7. Apabila BERDUKACITA. – Berdoalah
8. Mahukan KEBERKATAN – Berselawatlah.


Now you know the secret kan.

Tapi baca je dapat ilmu je. Kalau share, insya Allah dapat pahala jariah. Tapi yang paling bermanfaat kalau kita amalkan. Tak boleh semua sekali gus, jom kita mulakan dengan satu yang kita belum buat lagi.

Boleh ke boleh :)

 

0 327

Berikut merupakan perkongsian dari salah satu jutawan tanah air yang underground, Coach Bahar.

Kalau anda bekerja dari rumah, anda wajib baca. Kalau tak baca, anda memang menzalimi masa dan tenaga anda.

Kalau anda tak kerja dari rumah pun, 5 minit setengah yang anda laburkan untuk baca pasti sangat-sangat berbaloi.

Tak percaya? Acube try test baca tengok.


 

1. Menyediakan Tempat Kerja Khas yang Selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja.

Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising.

INGAT, anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.

2. Bekerja Mengikut Waktu.

punctual

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja.

Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5.

Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asyik nak ke pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.

3. Hubungan dengan Kerja Secara Berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.

4. Ambil masa rehat

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat.

Contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari.

Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.

5. Jangan Dibersihkan.

Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja.

Kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mood untuk bekerja. Biarkan bersepah.

Nota Faezaseri.com:

Sejauh mana bersepah tu, itu ikut selera peribadi la kot ye.

Saya waktu tengah 120% bekerja, memang bersepah sikit dan esok sambung aje. Tapi tak boleh terlalu bersepah, serabut kepala nanti.

6. Disiplin

Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.

7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu

Tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah.

Jadi tentu anda akan BOSAN.

Saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah.

Anda akan rasakan kelainannya.

Bawa family atau hang out dengan kawan-kawan pun best kan. Selain dari regenerate our inner energy, networking pun bertambah baik.
Bawa family atau hang out dengan kawan-kawan pun best kan. Selain dari regenerate our inner energy, networking pun bertambah baik.

8. Buat Kerja Secara Rutin

1. Bangan tidur.
2. Brsihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan.
4. Masuk tempat kerja.
5. Buat panggilan pelanggan.
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan.
7. Balik jam 2 buat kerja balik.
8. Jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh.
9. List kerja apa nak dibuat esoknya.
10. Ulang langkah pertama.

Nota Faezaseri.com:

Kiranya kalau atas pukul 5 petang tu, kira kita dah O.T la kan. So kalau O.T, biar betul-betul berbaloi sebab kalau makan gaji dah dapat 1.5x gaji tu :).

Moral di sini, be efficient and have a well balance life. Kerja + Keluarga + Rohani + Jasmani + Networking/Ukhwah. Semua sama penting sebenarnya.

9. Buat Kerja Anda.

Jangan pula, mentang-mentang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda.

Ini betul…kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat.

Faham kan yang ni.

10.Stay Professional

Walaupun anda kerja dari rumah, ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.

Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. Saya selalu ingat mak pesan ” beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi “. Sebab tu saya minta banyak like.

Share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya menjadi saham bagi saya.

Saya tahu …buat baik bukan tentu dapat pahala. Tapi mak pesan ” bersabar dan teruskan “.


Pandangan saya:

Sejujurnya, saya sangat sukakan perkongsian dari Coach Bahar ni. Apatah lagi, memang pernah menuntut dengannya selama beberapa hari di Johor.

Beliau memang sempoi tapi walk the talk.

10 tips je kan, tapi bagi saya ia ilmu yang sangat awesome. Apatah lagi saya memang bekerja dari rumah dan setiap tips tu kena sebiji sebiji macam peluru sniper hehe.

Semoga Coach Bahar memperoleh ganjaran setimpalnya dengan ilmu yang dikongsikan ini.

Selamat berkongsi :)

 

9 8258

PERHATIAN : Kepada mereka yang struggle untuk turunkan berat badan ATAU mereka yang sudah habis ribuan ringgit tapi masih gemuk.

Nak tak kalau saya dedahkan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan ebook Now Everyone Can Kurus versi mini secara percuma?

Anda nak tak kalau saya juga nak dedahkan kepada anda, bagaimana anda boleh downnload ebook Now Everyone Can Kurus versi LENGKAP secara percuma jugak (WAH!!!)

Malah, sebagai salah seorang yang terlibat dalam projek ini, anda nak tak kalau saya tunjukkan caranya… bagaimana untuk menonton 7 video premium Now Everyone Can Kurus secara PERCUMA!!!

Caranya…

Kalau jawapan anda nak, mulakan langkah pertama dengan tonton video di LINK INI (atau klik gambar di bawah) dan download bukunya selepas anda klik butang Share (Facebook).

Dan kalau anda ada kawan2 yang ada masalah berat badan, kasihi lah beliau. Berikan la link atau ebook ini kepada nya.

Semoga sahabat anda itu menjadi lebih sihat dan bebas dari penyakit-penyakit obesiti ni.

Now Everyone Can Kurus - VideoMemang betul. Harga asal buku ini adalah RM10. Tetapi dengan hanya satu klik SHARE anda boleh mendapatkannya secara percuma sahaja.

Tapi kalau nak bayar pun boleh je.

Anda boleh lakukan pembelian dan tempahan di: http://www.noweveryonecankurus.com/buy/

Pandangan Saya

Pandangan saya terhadap buku ini, saya nukilkan pada entri-entri sebelumnya:

Review Buku Now Everyone Can Kurus

Senarai Kandungan Buku Now Everyone Can Kurus

7 Video Percuma Now Everyone Can Kurus

BONUS : Sebalik Tabir Perlaksanaan Projek Now Everyone Can Kurus

 

13 10167

Ada 7 video premium yang telah disediakan untuk pembaca-pembaca buku Now Everyone Can Kurus.

Haaa, tak cukup dengan pemberian ebook secara percuma, penganjur siap keluarkan kos untuk hasilkan video khas untuk anda.

Kenapa?

Banyak sebab dan antara yang utama adalah tanggung jawab sosial.

Kenapa tanggung jawab sosial pulak?

Well, kalau korang nak tau…. penulis pun pernah gemuk. Memang bam bam.

Now Everyone Can Kurus - Penulis

So, waktu dia gemuk mcm di sebelah kiri tu (sebelum ni memang kurus, main bola aje kerja nya).. dia berdoa dan bernazar.

Sekiranya Allah mudahkan dan izinkan beliau menjadi kurus, beliau akan kongsikan segala rahsianya dengan rakyat Malaysia.

Fuh… nazar. Kelas gitu.

Tunai Nazar

So sekarang ini dia dalam proses menunaikan lah nazarnya.

Di tulis nya ebook berdasarkan pengalaman sendiri, ilmu yang di cari (bukan sikit buku kurus yang dibelinya, termasuk lah yang Kevin Zahari punya) dan juga hasil bimbingan Abang Ketak.

Abang ketak ni memang semi-pro body builder. Kami panggil abang ketak sebab badan dia memang berketak-ketak.

Dengan bimbingan dia dalam projek perintis Now Everyone Can Kurus lah (waktu tu dikenali sebagai Cabaran Ideal Weight), penulis dengan beberapa orang yang bertuah yang lain dapat bimbingan terus dari Abang Ketak.

Antara mereka yang berjaya. Tahniah!
Antara mereka yang berjaya. Tahniah!

Sebab ilmu ini sangat penting dalam merealisasikan apa-apa yang kita nak. Dan ilmu Abang Ketak memang usah dipertikaikan lagi lah.

Memang sangat best bila dikongsikan senaman apa yang perlu dilakukan untuk hilangkan buncit di perut. Bukan sit up ye. Sit up tu sikit aje impaknya. Dan berapa lama kena buat. Berapa kerap kena buat. Berapa intense kena buat. Semua ni dia cerita dan guide. Sangat-sangat awesome.

Abang Ketak dalam Program Now Everyone Can Kurus

Dalam program Now Everyone Can Kurus (untuk awam) ini, Abang Ketak sekali lagi dijemput untuk menjadi trainer kepada pembaca ebook Now Everyone Can Kurus dan menyertai program dan cabaran Now Everyone Can Kurus pada bayaran yang sangat-sangat minima.

Hanya RM50 untuk bimbingan selama 100 hari (sepanjangan cabaran).

Haa, betul tak. Memang berketak-ketak der.
Haa, betul tak. Memang berketak-ketak der.

Sangat-sangat murah der. Kalau kat luar, personal trainer ni paling busuk pun RM300 sebulan tau. Kalau 3 bulan dah berapa der. Mau dekat RM1000 tu.

Saya sendiri akan join program Now Everyone Can Kurus versi umum ini. Dan hopefully, boleh la jumpa rakan-rakan pembaca dalam small group tu nanti.

Berbalik kepada Video Now Everyone Can Kurus

Dalam 7 video ini, penulis akan berkongsi 7 topik utama rahsia dan formula untuk kurus secara sihat.

Malah, diterangkan juga, kenapa ramai yang cuba untuk kurus tapi tewas di tengah jalan. Apa yang menyebabkan begitu ramai yang tertewas? Dan apa rahsia mereka yang berjaya?

Gambar di bawah adalah sneak preview video-video yang disediakan untuk pembaca buku Now Everyone Can Kurus.

Video-3-Now-Everyone-Can-KurusAmacam?

Okay ke Sangat Okay?

Sejujurnya, siapa la nak bagi kat kita buku kurus lengkap percuma + panduan video percuma. Kemudian boleh join program ini dan hanya dengan RM50, dapat bimbingan berterusan dari Abang Ketak?

So far, saya tak jumpa lagi la any better deal than this.

Tapi kalau anda jumpa, let me know ye.

Akhir kalam, jemput baca buku Now Everyone Can Kurus ini dan selamat menonton video-videonya.

Now-Everyone-Can-Kurus-Ebook

 

 

9 18600

Sebagai pembeli buku tegar, saya suka sangat tengok dulu senarai kandungan buku yang saya nak beli tu dulu.

Dari senarai kandungan ini lah, kita boleh agak isi kandungan buku yang kita nak beli dan download kan.

Jadi, saya pasti… mesti ada rakan-rakan pembaca yang nak tahu benda yang sama kan. (I know you want to know it hehehe).

Anyway, kalau rakan-rakan tak tengok di sini pun tak pe… sebabnya buku Now Everyone Can Kurus ni dijual pada harga RM10 aje. Tap kalau korang rasa nak jimat hatta RM10 tu pun, korang leh download secara percuma. Hanya bayar dengan satu klik share sahaja. Instruction ada di SINI.

Long story cut short, jom kita tengok senarai kandungan ebook hebat ini.

Senarai Kandungan – Buku Now Everyone Can Kurus

CATATAN PENGARANG 3
BAB 1: MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI? 6
BAB 2 : BAGAIMANA SAYA DIBESARKAN? 16
BAB 3 : MENGAPA BERAT BADAN SAYA NAIK? 23
BAB 4 : ‘KURUS’ DI HARI PERKAHWINAN 30
BAB 5 : “BADANKU BAGAI DIPAM-PAM….” 32
BAB 6 : SURVEY DI FACEBOOK 40
BAB 7 : NASIHAT DARI SEORANG ISTERI 43
BAB 8 : PERCUBAAN UNTUK KURUS 48
BAB 9 : ‘DAUS… TOK SAH LA DOK DIET!’ 51
BAB 10 :‘KAWAN AKU PUN GEMUK JUGAK’ 54
BAB 11 : JOM KURUS KALI KEDUA 57
BAB 12 : SAYA NAK BERUBAH, TAPI….. 59
BAB 13 : DETIK PERUBAHAN DALAM HIDUP 66
BAB 14 :RAHSIA KUASA MINDA JUTAWAN 73
BAB 15 : FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS 85
BAB 16 : LANGKAHKU BERMULA DI SINI…… 92
BAB 17 : COACHING DARI ABANG KETAK….. 94
BAB 18 : PERCAYA SEBELUM BERJAYA 98
BAB 19 : AMALKAN DIET YANG SIHAT 101
BAB 20 :“LARI-LARI, KITA LARI… LARI-LARI, JANGAN BERHENTI…” 107
BAB 21 :SUPLEMEN YANG SAYA GUNAKAN 113
BAB 22 : CABARAN DALAM PERJUANGAN 115
BAB 23 : “ALHAMDULILLAH.. AKU KURUS!!!” 122
BAB 24 :“AKU YANG DULU BUKAN AKU YANG SEKARANG” 126
BAB 25 : “APA KATA MEREKA DALAM GROUP NOW EVERYONE CAN KURUS” 128
BAB 26 : SAMPAI BILA NAK BERDIET? 131
BAB 27: 10 NASIHAT TERAKHIR BUAT ANDA 135
BAB 28 : SERTAI “NOW EVERYONE CAN KURUS” 142
BAB 29 : TESTIMONI 1 – “NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)” 144
TESTIMONI 2 – “THE IDEAL WEIGHT CHALLENGE” 147
TESTIMONI 3 – “THE IDEAL WEIGHT CHALLENGE” 149
BAB 30 : PENUTUP 151

Pendapat Saya

Sebagai orang yang berbadan besar dan telah membaca buku ini, saya berpendapat buku ini sangat santai untuk di baca. Ia bukan lah seperti buku kurus yang menyumbat fakta demi fakta. Tetapi ia menceritakan pengalaman penulis. Naik turun bukit untuk jadi kurus.

Dan dari sini, kita secara tak langsung belajar apa yang perlu dilakukan untuk sama-sama berjaya macam penulis.

Tak cukup dengan itu, selepas kita habis membaca buku ini, kita diberikan 7 video percuma yang penulis akan berkongsi 7 tips killer bagaimana untuk berjaya dalam menguruskan badan dengan mudah dan berkesan.

Di mana nak download?

Untuk mendapatkan buku edisi lengkap ini, anda perlu download edisi mininya dahulu. Amik feel.

Edisi mini kejap je baca. 10 minit gerenti abis.

Dan kalau korang rasa kena dengan jiwa dan raga korang, proceed untuk download ebook edisi lengkap (juga masih percuma).

Jemput download ebook ini di SINI.

 

1 6746

Dalam projek Now Everyone Can Kurus, saya lah programmer, saya lah graphic designer dan saya juga tukang amik video.

Haaaa… amacam?

Wonderpet tak.

Tapi semua tu tak dek nilai pun kalau nak dibandingkan dengan persahabatan dan networking yang terjalin. Bak pesan otai business, kalau nak kaya berjaya, luaskan jaringan rangkaian kawan-kawan kita. Jangan segan tabur budi.

Tapi dalam entri ini, bukan tu yang saya nak cerita. Tapi lebih kepada strategi pemasaran offline yang Allah ilhamkan waktu saya take 5 minute break dari coding sistem Now Everyone Can Kurus.

Offline Marketing Tool

Waktu saya jadi programmer di beberapa syarikat MNC sebelum ini, saya perasan satu benda.

Hampir setiap orang ada mug masing-masing. Dan mug ini akan di bawa ke pantry untuk di isi air atau bancuh kopi.

Kalau jarak cubicle ke pantry tu jauh, maka jauh la mug tu tawaf office tu kan.

Jadi tercetus lah idea untuk membantu rakan-rakan agen Now Everyone Can Kurus mempromosikan program baik ini – APA KATA KALAU KITA BUAT MUG NOW EVERYONE CAN KURUS.

Kenapa Mug?

Kenapa tidak? Hehehe.

Well, cuba kita fikirkan. Mug ni sangat tahan lasak. Selagi dia tak jatuh berderai, selagi itu lah ia boleh digunakan. 10 tahun pun boleh tahan.

Yang kedua, mug sentiasa boleh pakai. Tak macam pen-drive yang akan lapuk dek zaman. Sekarang ni 8GB boleh terima. Lagi 3 tahun? Kot ciput sangat dah kot saiz tu ye tak.

Yang ketiga, mug tak mahal der. RM8.50 dah dapat dah. Kalau pendrive? RM15 at least.

Yang keempat, mug orang sentiasa boleh nampak bila kita minum dan bawak dari cubicle ke pantry. Kalau kita lah marketer nya, fuh, mug ni jadi marketing tool bergerak untuk kita lah. Mesti ada orang yang tanya… program apa tu. Now Everyone Can Kurus?!? Menatang apa ni.

Haaaa…. dia dah tanya. Dia yang tanya. Memang hari raya la kita explain…kaaaan!

Yang kelima, untuk mereka yang sungguh berani dan awesome, boleh beli satu set (6 biji) dan hidangkan pada tetamu. Kena plak tetamu yang bebadan besar. Fuh fuh.

Dari Idea ke Photoshop 3D

So, alang-alang dah memang depan workstation, terus buka Photoshop dan edit design buku menjadi mug 3D seperti di bawah:

Now Everyone Can Kurus - Mug Offline Marketing

Amacam okay tak?

Bila dah siap render, saya pun send la gambar ni pada tuan punya muka, a friend of mine – founder kepada program Now Everyone Can Kurus ni.

Tanpa di sangka-sangka, dia suka sangat-sangat. Terlebih excited, terus dia post kat FB tanya siapa boleh print mug ni pada harga yang ohsem. OMG… hyper active nya kawan ku ini hahaha. (Tapi sebab tu dia hartawan kot).

Long story cut short, jumpa la company yang boleh print pada harga kurang dari RM10. RM8.50 to be precise.

Nego Nego Nego

Saya sendiri bersama-sama dengan sahabat saya ni pickup this mug dari brother printing tu. Memang sempoi. Negotiable. I like. Kena plak kawan saya ni dah pergi Master Your Business Dr Azizan, lagi la dia nego tak habis.

Dan memang dah tersurat kot, dapat deal harga t-shirt yang memang cun melecun gak. RM11 sahaja.

Design t-shirt tu pun saya diamanahkan untuk design jugak. T-shirt tu dipakai oleh tuan punya badan waktu shooting video ni.

Now Everyone Can Kurus - Video

Yang tu kita cerita kat entri lepas ni ye.

FAFR!

Tapi satu benda saya sangat kagum dan puji sifat sahabat saya ini.

Dia sangat Fast Action Fast Result. Apa sahaja peluang yang dia nampak depan mata, dia tak tangguh-tangguh dah. Dia terus aja buat.

Dan saya fikir-fikir balik, kalau saya di tempat dia, belum tentu MUG ini akan jadi kenyataan walaupun saya ada kemahiran menggunakan Photoshop dan ideanya tercetus dari kotak fikiran saya.

Hanya kerana dia cepat-cepat post di FB dan bertanya sana dan sini di FB group lah, dia dapat harga yang begini murah. Dan dia berani untuk order 100 biji MUG walaupun dia belum lakukan market survey yang proper lagi. Tapi hari ini, 100 mug tu dah habis der. Bersepah warga Now Eveyone Can Kurus nak rembat dua tiga biji mug ni. Sampai nak re-order pun ada.

I am impressed!

Alhamdulillah

Sesungguhnya, saya, memang bersyukur sangat diberikan kepercayaan untuk bantu kempen Now Everyone Can Kurus ni.

Banyak juga yang saya belajar ketika menjadi tenaga jentera di sebalik program Now Everyone Can Kurus ini. Insya Allah, untuk projek-projek yang akan datang dari Empayar Maria Firdaus, saya pasti akan memberikan komitmen 200%.

Semoga dengan kontribusi ini, Allah permudahkan saya untuk sama-sama mendapatkan berat badan ideal yang saya azamkan, untuk tahun 2015 ini.

Sama-sama rakan-rakan doakan ye. Terima kasih.

Rakan-rakan pembaca, jemput download dan korek rahsia, Formula Mudah MESTI Kurus  dari ebook Now Everyone Can Kurus di sini : Ebook Noweveryone Can Kurus

Baca Review Buku Now Everyone Can Kurus ini di sini

3 9054

Dah janji kena kota kan.

Berikut adalah review saya terhadap buku Now Everyone Can Kurus.

Saya adalah rakan kepada penulis dan ya, saya sendiri pun dah banyak baca buku sebegini.

Siap berbayar lagi der. Tajuk tak yah sebut lah. BM ada. BI pun ada.

Tapi, jumlah KILOGRAM yang masih ada kat badan macam dok sama aje. Habiskan duit aje. Ini tak kira yagn burn sebab makan supplements!

FRUST!

Tapi this one is a bit different….

Skeptikal Jadi Percaya?

Buku Now Everyone Can Kurus berjaya merubah perasaan SKEPTIKAL saya kepada PERCAYA.

PERCAYA sebab penulis sendiri berjaya menurunkan berat badannya dalam tempoh 100 hari.

10923287 10152757299793611 4948205858524024099 n Review eBook Now Everyone Can Kurus   Skeptikal atau Percaya?

PERCAYA sebab saya sendiri banyak berbual dalam telefon dengannya ketika dia dalam proses study dan usaha untuk hilangkan lebih 10KG tanpa ke GYM dan berlapar.

PERCAYA sebab dia boleh jawab macam-macam soalan teknikal saya yang skeptikal dengan fakta dan hujah yang realistik.

Dan saya semakin faham dan sedar kenapa dia berjaya menurunkan berat badannya sewaktu saya terlibat secara langsung dalam projek Ebook ini.

Cerita Belakang Tabir…

Sebenarnya, saya diamanahkan untuk membangunkan website (minisite orang sini panggil) untuk penyebaran ebook ini secara percuma – sebagai sumbangan khidmat masyarakat daripada syarikatnya.

Gambar minisite yang dibangunkan adalah di bawah.

Now Everyone Can Kurus Minisite Review eBook Now Everyone Can Kurus   Skeptikal atau Percaya?
Minisite Bersistem untuk projek Now Everyone Can Kurus

Dan saya juga menjadi videographer waktu sesi rakaman video yang akan dihadiahkan kepada pembaca buku ini secara PERCUMA jugak.

Nak tak nak, saya memang dah khatam baca dan dengar apa yang diucapkannya berkali-kali dan akhirnya…SAYA FAHAM.

Saya Faham!

SAYA FAHAM kenapa saya gagal dalam percubaan saya untuk kuruskan berat badan saya dahulu.

SAYA FAHAM kenapa bila saya hilang 8kg, then dia rebounce naik 9kg balik.

SAYA FAHAM kenapa buku ini tagline-nya : FORMULA MUDAH MESTI KURUS!

Kalau La…

Aduhai… I should read this kind of book earlier lah. Knowledge (technique) sahaja tak guna kalau tak ada elemen-elemen killer ini.

Memang epic la. Satu benda yang saya pandang enteng tapi rupanya itu lah antara faktor KILLER kalau nak berjaya.

Tapi, saya tak nak jadi SPOILER lah kan.

Berapa Harga?

Sejujurnya, kalau anda rasa anda nak turunkan berat badan tapi masih tak berjaya sepenuhnya atau stuck? Buku ini memang untuk anda.

Dan kalau anda rasa anda dah spend ratusan dan ribuan ringgit pun masih dok gemuk jugak (dengan izin), buku ini lagi untuk anda.

Malah, kalau anda rasa anda ada kawan-kawan yang ada masalah macam di atas, you will do your friend huge favour dengan hadiahkan buku ini pada mereka.

Jom sama-sama menikmati dan merungkai apa yang menyebabkan kita selama ini masih stuck dalam nak turunkan berat badan…

Dengan membaca buku ini sendiri… secara PERCUMA di

http://bit.ly/noweveryonecankurus
http://bit.ly/noweveryonecankurus

buku final with shadow Review eBook Now Everyone Can Kurus   Skeptikal atau Percaya?

0 581

Perkahwinan bukan lah satu status. Ia adalah hasil kerjasama, perjuangan dan kesefahaman ramai pihak; terumatanya Suami dan Isteri lah.

Jom kita tengok dosa-dosa yang lazimnya dilakukan oleh suami atau isteri tanpa kita sedar. Cuba senaraikan berapa banyak yang pernah kita lakukan dan jom berazam untuk melupuskan senarai ini.

Sekadar saling memperingati ^_^

Suami:

1. Suami tidak berfungsi menjadi pemimpin dengan baik, akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan Istri nomer satu dalam hidupnya.
3. Suami membandingkan Istri dengan wanita lain.
4. Suami kurang disiplin mengontrol emosi dan kebiasaan buruk.
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil dari Istri.
6. Suami menolak pendapat Istri.
7. Suami tidak pernah minta maaf.

Isteri

1. Istri tidak menghargai Suami sebagai otoritas.
2. Istri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Istri gagal menampilkan kecakapan manusia batiniah.
4. Istri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.

Keperluan seorang Suami:

1. Sex.
2. Istri sebagai sahabat.
3. Rumah yang rapi.
4. Istri yang menarik.
5. Saling menghargai.

Keperluan seorang Isteri:

1. Kasih sayang dan penghargaan.
2. Diajak bicara.
3. Jujur dan terbuka.
4. Keuangan yang cukup.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat!

Kepala keluarga yang berhasil dalam keluarga maka keberhasilan yang lain akan mengikuti. Kepala keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan lain akan mengikuti.

Kebahagiaan perkawinan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah, dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Tuhan.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang rukun dan damai, meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.

10676257_1554866788060338_4432413339225837101_n

Belaian tangan suami adalah emas bagi istri.
Senyum manis sang istri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi istri.
Keceriaan istri adalah sabuk di pinggang suami.

Perbaikilah apa yang bisa diperbaiki sekarang sebelum terlambat. Cintailah pasangan yang telah Tuhan pilih untukmu!

94 83795

Alhamdulillah,

Akhirnya dah confirm bakal di adakan pada 15 November 2014 ini.

Tujuan workshop ini mudah aje.. iaitu untuk transfer knowledge and experience saya dok buat blog bisnes secara professional selama setahun setengah ini kepada para peserta.

Dan sekiranya anda adalah pemilik bisnes tetapi belum ada blog, anda patut baca entri ini : 21 Sebab Kenapa Peniaga Wajib Ada Blog Bisnes. Memang rugi sangat-sangat kalau tak ada blog untuk bisnes sendiri.

Pada yang dah ada blog, alhamdulillah. Bagus. Selangkah dah kehadapan. Kini kena pastikan blog tersebut mesra pembaca, mesra media sosial dan mesra Google. Kita tak nak lah ada blog tapi blog tersebut tak boleh bawa pelanggan ke kita kan.

Betul tak?

Apa Yang Peserta Akan Dapat

Di akhir workshop ini, para peserta insya Allah dijamin boleh buat blog dengan menggunakan platform Blogger (Blogspot) seperti mana yang saya buat selama ini dalam tempoh kurang dari 60 minit sahaja.

Para peserta akan didedahkan short-cut (jalan pintas) untuk buat blog bisnes secara mudah dan cepat. Kod dan barisan skrip yang sebelum ni disimpan rapi pun akan diberikan dalam bentuk softcopy. Malah akan di ajar, bagaimana dan dimana nak copy paste skrip tersebut.

Peserta juga akan didedahkan di mana untuk mendapatkan design-design blog percuma yang cantik, moden dan mesra SEO. Malah, kalau nak yang berbayar tetapi ohsem pun ada jugak.

Di akhir sesi, kita akan adakan sesi “Anda tanya, Arham jawab”. Kita akan sama-sama realisasikan apa yang peserta nak sekiranya sesuai dengan platform yang dipelajari. Insya Allah.

Tempat Terhad

Workshop Pakar Buat Blog Bisnes Workshop Pakar Blog Nov 2014

Tempat terhad yob.

Nama pun workshop kan. Jadi, maksima hanyalah 20 orang sahaja.

Ini kerana, kita nak bagi 110% fokus dan perhatian kepada peserta. Nak guide dan bantu sampai semua orang bila balik nanti dah ada blog sendiri dan tak perlu upah orang lagi dah.

Betul-betul teori dan hands on. Tak puas hati dalam 1 jam pertama, jangan bimbang yob… boleh aja refund. No biggies.

Camner Nak Join?

Boleh hubungi:

Arham Zulqaranen (PM Facebook)

Kay Bee (PM Facebook)

0 2321

Senaman penat kan?

Kemudian bila nak bersenam tu pun satu hal. Keluar awal pagi, balik sudah senja. Malam nak layan karenah anak-anak dan pasangan kan.

Lepas tu, penimbang tu macam sakit hati je ngan kita. Setiap kali timbang, asyik bagi nombor yang besar-besar. 80 kg la, 90kg la… 100 kg pun ada. Aduh… parah, parah.

Tapi jangan tak percaya tau, ada orang berjaya hilangkan 25 kilogram dalam tempoh 4 bulan tanpa senaman langsung.

Saya kongsikan rahsia beliau di bawah.

  1. Makan sayur secara mentah sebagai ulam-ulaman.
  2. Makan 5 kali sehari
  3. Berhenti sebelum kenyang
  4. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari (12 gelas standard)
  5. Makan nasi tapi hanya suku je sehari. (Kalau dulu sepinggan, kini hanya suku pinggan)
  6. Istiqamah dan konsisten. No cheat day.
  7. Makan 2 jenis buah sehari. Sebiji epal waktu makan malam dan pisang sebagai minum petang.

Cuba kita bandingkan dengan cara makan kita. Memang sangat-sangat berbezakan.

Tak percaya tak pe… tapi cuba buat tengok sebulan dan check hasilnya. Okay ke sangat okay.

Saya terpanggil untuk kongsikan tips ini kerana saya rasa memang ramai antara kita yang nak turunkan berat badan tapi memang tidak mampu untuk memberi komitmen masa untuk senaman seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan dan nutrisi kan. Jadi, sekurang-kurangnya kita boleh buat cara ini.

Dan kalau anda nak tau, individu yang berjaya buat seperti langkah di atas adalah kerana Dr. mengesahkan kolestrol nya amat tinggi dan keluarga beliau mempunyai sejarah sakit jantung dan darah tinggi. Benda ini lah yang jadi turning point kepada beliau.

Sekarang cuba kita bayangkan apabila kita mengamalkan diet di atas + sedikit senaman mudah seperti naik tangga di ofis, instead of naik lif memanjang. Dan parking kereta jauh sikit tak pe. Nak bagi reason untuk berjalan. Hujung minggu bawa keluarga ke taman permainan dan taman tasik untuk saja-saja berjalan sambil eratkan bonding antara ahli keluarga.

Amacam? Happier family + leaner body. Erm… dah b0leh bayang diri sendiri yang 25 kg lebih ringan.

PS: Sila minta sokongan pasangan (isteri atau suami) untuk mendukung usaha murni kita yang nak pupuskan ‘gajih-gajih’ (read: lemak) ektra ni :)

Oh ye, kalau mulut dan lidah tu dah mula buat perangai untu makan benda-benda yang kita tak sepatutnya makan, sila rujuk gambar di bawah dan kita tipu lidah kita dengan penuh kacak dan bergaya.

10686868_10201747704693259_1499523133145292754_n

Trending

94 83795
Alhamdulillah, Akhirnya dah confirm bakal di adakan pada 15 November 2014 ini. Tujuan workshop ini mudah aje.. iaitu untuk transfer knowledge and experience saya dok buat...