Petang-petang macam ni, saya inginkan kongsikan dengan pembaca yang mana saya rasa benar-benar belaka. Nampak macam susah nak percaya tetapi itulah keindahan yang ada pada agama Islam. Semakin kita mendalami agama Islam sebagai cara hidup kita, In Shaa Allah hati akan sentiasa tenang.

Jom saya kongsikan mesej penting ni yang mana kalau saya tak sampaikan dan simpan di blog sendiri, saya sendiri akan rasa rugi sebab tak berkongsi ilmu pada para pembaca semua.

Mari Kita Dengar & Belajar, Apa Orang Biasa Kata & Apa Islam Kata …??

1. Orang kita kata kalau KAYA baru kahwin.
Tapi dalam Islam cakap nak KAYA kena kahwin.

2. Orang kita kata nak SENANG kena banyak menyimpan duit.
Tapi dalam Islam cakap nak SENANG kena banyak keluarkan duit(sedekah).

3. Orang kita kata dah KAYA baru bantu org miskin.
Tapi Islam cakap kalau nak KAYA bantu org miskin.

4. Orang kita kata makan SAMPAI KENYANG.
Tapi Islam kata berhenti SEBELUM KENYANG.

5. Orang kita kata SAKIT itu BALA.
Tapi Islam kata SAKIT itu PENGHAPUS DOSA.

6. Org kita kata DUIT banyak tak boleh bawa ke kubur.
Tapi Islam kata AMAL JARIAH kita bekalan ke kubur/akhirat sana.

7. Orang kita kata muda masa untuk enjoy dan SEMBAHYANG lintang pukang.
Tapi Islam kata SEMBAHYANGlah kamu sebelum kamu diSEMBAHYANGkan.

Bagi saya, cara mudah untuk kita mulakan langkah adalah dengan berdikit-dikit BERSEDEKAH kerana kita takkan jatuh miskin apabila BERSEDEKAH. :)

Kelebihan Bersedekah
Yakinlah bahawa apabila kita bersedekah, Allah akan gantikan yang lebih baik.

Jadi bersedialah kita masing-masing dengan setiap amalan yg BAIK untnk dibawa ke AKHIRAT kelak.

Jangan dengar cakap orang kita, tapi dengar apa ISLAM kata”

Sama-samalah kita Renungkan dan Fikir-fikirkan yer :) ….

Bonus untuk Entri Ini

Alhamdulillah, kali ini saya ingin kongsikan Doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak.

Doa agar mendapat rezeki yang lebih banyak
Doa agar mendapat rezeki yang lebih banyak

Terima Kasih kerana sudi membaca :)

SIMILAR ARTICLES

NO COMMENTS

Leave a Reply