Hari ni saya nak share dua hasil experiment bagaimana nak jimat battery untuk Android phone yang saya baru je validate tengah hari ini.

Saya tak bercadang untuk tulis entri yang panjang, tapi saya teruja untuk berkongsi dengan pembaca budiman penemuan ini.

Tak la groundbreaking mana tetapi impak dia memang buat saya tersenyum gak :)

Hasil Pertama -Tips Jimat Bateri Android Phone

Cara yang pertama untuk jimat bateri android phone adalah  disable apps auto update di Google Play… terutamanya kalau anda pakai WiFi dan line internet anda tidak pantas.

Ini kerana, Google Play keep checking update (satu hal) dan yang masalah besar adalah phone kita terpaksa ‘hidup’ lama untuk download satu-satu update sebab line kita slow.

Saya set manual update.

Langkah disable auto update
Langkah disable auto update di Google Play.

Hasil Kedua – Tips Jimat Bateri Android Phone

Cara yang kedua untuk jimat bateri android phone adalah pastikan tiada servis-servis yang tak perlu kekal aktif (seperti NFC, Bluetooth, Location, GPS, Nearby device, Mirroring dan sebagainya).

Beberapa hari lepas saya tertekan NFC kot dan saya punya la hairan kenapa battery phone saya cepat sangat habis.

Kalau tak sekali charge boleh tahan hampir 2 hari, kali ini tak sampai 12 jam pun. Phone pun suam-suam aje. Ingat nak format (reset to factory default setting) dah, tapi godek-godek dan baru lah saya terperasan. Rupa-rupanyanya saya ada terhidupkan NFC.

Saya matikan fungsi ini dan tadaaa… bateri kembali tahan lama dan tiada lagi phone suam.

Pastikan NFC, Bluetooth, Location (GPS included) disable.

Disable NFC Untuk Jimat Bateri
Disable NFC Untuk Jimat Bateri – Location pun sama juga :)

Bonus:

Kalau anda suka dropbox auto update gambar yang anda snap ke cloud, anda boleh ‘Turn off Camera Upload’. Tapi bila anda nak charge phone anda semalaman, ‘Turn On Camera Upload via WiFi’.

Tapi sekiranya dataplan anda memang banyak, anda boleh abaikan step bonus ini sebab upload gambar guna dataplan (termasuk Celcom dan Maxis broadband) lazimnya jauh lebih pantas berbanding Streamyx.

1 COMMENT

  1. At this time it sounds like Expression Engine is the best blogging plattform
    available right now. (from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?

Leave a Reply