Dahulu saya susah…jual kueh pakai bakul…meniaga warung…kerja caddie padang golf.

Umur 22 tahun saya dah miliki rumah sendiri..main saham dari umur 19tahun..jadi remisier umur 23tahun…bab berniaga..macam2 meniaga….rugi dan untung rugi dan untung mainan biasa..

Ini hari saya doakan anda semua berjaya dan dapat apa yang anda impikan.

18 Syaratnya:

1. Fokus pada kerjaya dan kerja walaupun orang kata kita boleh kerja lain yang lagi bagus dengan kelayakkan kita.

2. Selalu bersabar untuk lihat hasilnya.

3. Jangan berkira dengan mak bapak – dermakan atau hadiahkan apa yang diorang idamkan.

4. Selalu cerita dan kenang kehidupan masa susah dan sentiasa sebut Alhamdulillah.

5. Cari penyelesaian dan tak salahkan keadaan atau orang lain bila hadapi kegagalan.

6. Banyak beli buku dan baca .

7. Bulat bulat yakin pada ayat seribu dinar dan kekuasaan Allah Swt.sikit pun jangan rasa..eh boleh jadi ke tak nie..

8. Rajin buat catitan hutang dan rekodkan semua hutang dan niatkan untuk bayar.InshaAllah ini teknik hebat supaya kalau tak bebas hutang..hati akan tenang.

9. Selalu lihat orang yang susah dan ingat diri sendiri masa susah dan apa rasa bila lihat orang kaya..

10. Yakin harta dunia dan semua ada bukan untuk dibangga tetapi sebagai tanda syukur nikmat kekayaan semua datang dari Allah Swt. Dan pastinya tak nak tinggalkan harta untuk anak beranak bergaduh tetapi nak tinggal ilmu urus harta pada mereka.

11. Solat Al-Quran dan lain2 hal wajib lain tak yah sebut sebab nak kaya bukan sebab fardu ain.. itu wajib buat.. niatkan bukan pahala tapi keredhaan Allah Swt.

12. Jangan rasa selesa dan keluar mencari idea2 yang mungkin susah nak dibuat tapi orang lain boleh kita sebenarnya boleh buat…jangan kata tak!..

13. Jangan peduli orang nak kutuk atau apa..kerana itu perkara biasa sebab memang saya dah biasa dikutuk buat benda baik apapun tetap ada yang pandang seorang.

14. Jangan ada niat nak tipu orang. Itu prinsip paling penting. Jangan tipu duit orang itu penting bagi semua usahawan.

15. Gaji pekerja jangan tak bayar..saya akan marah bahagian finance saya jika gaji salah bayar atau terkurang.

16. Sentiasa `rasa` kaya walaupun masa pakai kereta honda accord tahun 1981 JAH 78 masa pakai saga..masa ..Satria Gen2..sentiasa `rasa` kita kaya. Rasa kaya itu penting sebab itulah nikmat kesyukuran terbaik yang ada pada masa itu dan sekarang.

17. Jangan lihat orang yang kat atas…tetapi perlu bercita~cita seperti orang diatas.

18. Selalu ingat mati…ingat mati dan bayangkan diri ini masuk kubur tak bawak apa2.Dan pastinya isteri dan orang tersayang minta saya segera ditanamkan apabila Roh meninggalkan Jasad!

ZamSaham - Jutawan Saham yang low profile tapi menyengat.
ZamSaham – Jutawan Saham yang low profile tapi menyengat.

Apapun, 18 perkongsian ini adalah sebagai sumber semangat untuk kekal berusaha dan jika sekarang susah itu sebenarnya baik sebab sayapun asalnya susah….susahhhhh sangat…. dan susah itu sentiasa akan ada walaupun duit anda berjuta sekalipun.(pasti ada)

Saya doakan anda semua berjaya dan bahagia bersama keluarga tercinta. Amin..

Harap anda yang baca pun doakan saya sihat bahagia..kaya tak penting..Yang Mahal adalah bahagia..

#”Ya Allah ya tuhanku, kau berikanlah kami kebahagiaan dalam kekayaan yang kami miliki..’Amin.

Ini lah 18 petua yang dikongsikan oleh ZamSaham. Seorang anak muda (33 tahun kira muda lagi la kan) yang amat hebat dalam dunia sahamnya.

Dia bukan sekadar coach untuk mereka yang nak main saham tetapi dia sendiri adalah big player dalam industri ini. He really does walk the talk.

Tapi apa yang amat penting adalah, rahsia dah diceritakan. Cuba kita check, dari 18 petua ni, berapa yang kita dah buat.

Saya sendiri rasa aduhai, masih banyak yang tak terbuat. Paling sentap kat part kereta dan rasa kaya tu. Astaghfirullah, bagaikan kufur nikmat sedangkan tau yang lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak Allah gandakan rezeki kita.

Semoga perkongsian ini membuka mata dan hati ramai antara kita. Saya sendiri copy ini dari Facebook beliau dan post kat sini sebab sharing ini sangat best. Jemput share dengan kawan-kawan demi kebaikan ummah :)

SIMILAR ARTICLES

3 COMMENTS

  1. Greetings from California! I’m bored at work so Idecided to check out yoour blog
    on my iphone during lunch break. I enjoy thee
    info you provide here and can’t wait to take a look when I
    gget home. I’m amazed at how fast your blog loaded oon my mobile ..
    I’m not even using WIFI, just 3G .. Anyways, excellent site!

  2. 1 funnel audio data files, has the capability
    to are given analogue VGA snap shots Digital Photography DVI input and after that representation entered.
    s recent efforts included the so-so MXU 500 utility
    quad for 2007 and revamped 2008 Mongoose 250 and 300
    sport quads. We want to be able to offer you whatever you need without long waits
    or frustration.

Leave a Reply