Berikut merupakan perkongsian dari salah satu jutawan tanah air yang underground, Coach Bahar.

Kalau anda bekerja dari rumah, anda wajib baca. Kalau tak baca, anda memang menzalimi masa dan tenaga anda.

Kalau anda tak kerja dari rumah pun, 5 minit setengah yang anda laburkan untuk baca pasti sangat-sangat berbaloi.

Tak percaya? Acube try test baca tengok.


 

1. Menyediakan Tempat Kerja Khas yang Selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja.

Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising.

INGAT, anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.

2. Bekerja Mengikut Waktu.

punctual

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja.

Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5.

Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asyik nak ke pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.

3. Hubungan dengan Kerja Secara Berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.

4. Ambil masa rehat

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat.

Contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari.

Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.

5. Jangan Dibersihkan.

Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja.

Kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mood untuk bekerja. Biarkan bersepah.

Nota Faezaseri.com:

Sejauh mana bersepah tu, itu ikut selera peribadi la kot ye.

Saya waktu tengah 120% bekerja, memang bersepah sikit dan esok sambung aje. Tapi tak boleh terlalu bersepah, serabut kepala nanti.

6. Disiplin

Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.

7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu

Tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah.

Jadi tentu anda akan BOSAN.

Saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah.

Anda akan rasakan kelainannya.

Bawa family atau hang out dengan kawan-kawan pun best kan. Selain dari regenerate our inner energy, networking pun bertambah baik.
Bawa family atau hang out dengan kawan-kawan pun best kan. Selain dari regenerate our inner energy, networking pun bertambah baik.

8. Buat Kerja Secara Rutin

1. Bangan tidur.
2. Brsihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan.
4. Masuk tempat kerja.
5. Buat panggilan pelanggan.
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan.
7. Balik jam 2 buat kerja balik.
8. Jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh.
9. List kerja apa nak dibuat esoknya.
10. Ulang langkah pertama.

Nota Faezaseri.com:

Kiranya kalau atas pukul 5 petang tu, kira kita dah O.T la kan. So kalau O.T, biar betul-betul berbaloi sebab kalau makan gaji dah dapat 1.5x gaji tu :).

Moral di sini, be efficient and have a well balance life. Kerja + Keluarga + Rohani + Jasmani + Networking/Ukhwah. Semua sama penting sebenarnya.

9. Buat Kerja Anda.

Jangan pula, mentang-mentang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda.

Ini betul…kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat.

Faham kan yang ni.

10.Stay Professional

Walaupun anda kerja dari rumah, ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.

Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. Saya selalu ingat mak pesan ” beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi “. Sebab tu saya minta banyak like.

Share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya menjadi saham bagi saya.

Saya tahu …buat baik bukan tentu dapat pahala. Tapi mak pesan ” bersabar dan teruskan “.


Pandangan saya:

Sejujurnya, saya sangat sukakan perkongsian dari Coach Bahar ni. Apatah lagi, memang pernah menuntut dengannya selama beberapa hari di Johor.

Beliau memang sempoi tapi walk the talk.

10 tips je kan, tapi bagi saya ia ilmu yang sangat awesome. Apatah lagi saya memang bekerja dari rumah dan setiap tips tu kena sebiji sebiji macam peluru sniper hehe.

Semoga Coach Bahar memperoleh ganjaran setimpalnya dengan ilmu yang dikongsikan ini.

Selamat berkongsi :)

 

SIMILAR ARTICLES

NO COMMENTS

Leave a Reply