Terlajak perahu boleh di undur, terlajak berkata buruk padahnya.

Ungkapan di atas memang sangat-sangat kena dengan artikel hari ini.

Sekiranya anda ingin naik pangkat dan mempunyai kerjaya yang berkembang, jauhi 13 frasa di bawah.

1. Ini tidak adil.

Ketidak adilan memang berlaku di pejabat. Malah ia berlaku di mana-mana.

Tetapi jangan merungut. Jangan mengadu.

Sekiranya anda rasa ini adalah penindasan terhadap kerjaya anda (contohnya, anda buat kerja lebih tapi dia yang naik pangkat), kumpulkan bukti dan dokumentasi kan segalanya.

Kemudian, persembahkan nya secara bijaksana kepada orang atau kumpulan yang boleh membantu anda.

2. Itu bukan masalah saya. Ini bukan kerja saya. Saya tak dapat bayaran setimpalnya.

Apa perasaan anda kalau anda minta tolong seseorang dan dibalasnya “Ini bukan masalah saya”.

Apa perasaan anda kalau anda bagi tugas kepada orang bawahan anda dan dia berkata “Ini bukan kerja saya”.

Geram dan stress bukan. Rasa dia berkira sangat.

Justeru, kalau boss anda cakap benda yang sama, jangan sesekali berkata demikian walaupun kerja di tangan anda memang dah terlalu banyak.

Sebaiknya, cakap “Boss, saya boleh buat. Insya-Allah. Tapi boss tolong advise saya yang mana patut saya buat dulu sekarang ni memandangkan saya tengah handle A nak kena hantar lusa, B nak kena hantar minggu ni dan C nak kena hantar awal minggu depan”.

Kata-kata sebegini lebih ideal sebab anda tidak mengecilkan hati boss anda tetapi dalam masa yang sama anda memperingati tugasan anda yang banyak.

Besar keberangkalian, kalau dia rasa tugas A, B dan C tak boleh anjak, dia akan berikan tugas itu kepada orang lain. Kalau tak pun, deadline anda dah berganjak. Win win.

Boss pun kadang-kadang terlupa yang dia dah bagi macam-macam tugas pada anda. Ingatkan dia secara halus :)

3. Saya rasa….

Jangan sesekali pakai perkataan ‘saya rasa’ bila kita nak keutarakan fakta atau pendapat. ‘Saya rasa’ tidak membangkitkan keyakinan.

Sebaliknya, gunakan perkataan seperti ‘Saya percaya’ atau ‘Saya tahu’.

Contoh, ‘Saya rasa, kita patut upgrade server kita’ vs. ‘Saya percaya yang kita patut upgrade server kita sebab…”.

4. No problem.

Bila orang berterima kasih pada kita, jangan lah kita balas dengan ‘No problem’ atau ‘Tiada masalah’.

Bab ini mungkin ramai yang orang kita tidak sedarkan. Tetapi ada besar bezanya dengan “You are welcome” atau “Kasih diterima / Sama-sama”.

Dalam perbualan santai, ini bukan menjadi masalah. Tetapi dalam perbualan rasmi, ucapan ‘No problem’ dilihat sebagai anda tidak menghargai ucapan penghargaanya.

Berkata ‘No problem’ seolah-olah anda sombong. Berkata ‘You are welcome’ membuatkan anda sentiasa menerimanya dengan tangan yang terbuka.

5. Saya akan cuba (I’ll try)

Bayangkan kalau anda minta tolong kawan anda untuk hantarkan fail kepada anda sebelum pukul 2 petang dan dia pun balas “Okay, saya akan cuba”. Apa yang anda rasa?

Mesti tak yakin kan. Betul ke dia akan hantar pukul 2 ini.

Malah, kalau anda smart, anda akan cari penyelesaian alternatif in case kawan anda itu tidak menghantar file tersebut pada pukul dua.

Berlainan dengan kalau dia balas “Saya akan buat” atau “I will”. Kita akan rasa lebih yakin dengan kata-katanya kan.

Sambungan:

13 Perkara Yang Pantang Anda Sebut Di Tempat Kerja! – Part 2

13 Perkara Yang Pantang Anda Sebut Di Tempat Kerja! – Part 3

SIMILAR ARTICLES

0 6412

NO COMMENTS

Leave a Reply